Friday, October 24, 2008

SEMUANYA SERBA SALAH.

Bila harga minyak mentah dalam pasaran antarabangsa naik mendadak, kerajaan Malaysia terpaksa menaikan harga di pam. Tindakan ini turut menyusahkan rakyat kerana harga barangan keperluan turut naik. Walaupun kebelakangan ini harga diturunkan 35 sen, jumlah tersebut tidak memberi cukup kesan untuk harga barangan turun bersama sama.

Sekarang harga minyak mentah turun sehingga Us 700 setong. Kita sekali lagi menempuh masalah kerana kerajaan telah kurang menerima hasil dari minyak. Timbalan menteri kewangan menyatakan 40% hasil negara datang dari minyak maka terpaksalah kerajaan mencari kewangan dari sumber lain.

Ibarat hujan, bila turun mengembirakan pekebun dan pesawah, tetapi ia menyulitkan pula peniaga pasar malam dan pemandu teksi. Kuncinya manusia haruslah cekap mentadbir nikmat pemberian Allah.

Turun salah naik pun masalah.

No comments: