Friday, October 31, 2008

NGHAPLAH SUNGGUH ALI RUSTAM

Beberapa minggu lepas kecoh negeri Melaka menganugerah datuk kepada Shahruk Khan, hinggakan isu disebut dalam parlimen. Pandangan saya hapuskan saja pemberian darjah dari negeri Melaka dan Pulau Pinang, bukannya ada ‘class’ dan tak ada daulat pun. Yang menganugerah semuanya puak puak umno belaka. Datuk Rahman Abas dan Khalil Yaakob orang umno yang dah menjadi hampas di kitar semula, ‘what to expect’.

Hari ini saya terbaca Metro ( member punya ).”RM1,000 nikah ibu tunggal” begitulah bunyi tajuk. Ali Rustam mencadangkan pemberian imbuhan sebagai hadiah wang tunai dengan syarat tidak menceraikan isteri pertama. Selain mendapat hadiah, lelaki berkenaan juga mendapat pahala and not to mention a wife.

Ali oh Ali banyak lagi ibadat yang boleh mendatangkan pahala. Cara begini dah tentu mengundang bala:

1. bini pertama dah tentu hot kerana di madu,
2. mengundang sindiket hanya untuk mendapatkan hadiah,
3. banyak pelancung yang miang miang melawat (melewat!) Melaka,
4. persatuan bini pertama dah tentu tak mengundi Ali.


Nasib baik berita tak di sensasikan dalam Utusan Melayau dan Berita Hairan, kalau tidak tak bertambahlah pencalunan.

No comments: