Friday, October 31, 2008

RUMAH DAN KHEMAH TERBUKA.

Sungguh mengkagumkan perihal orang melayu menyambut hari raya idulfitri, hingga kehari ini masih lagi meriah mengadakan hari terbuka. Ada ustaz menyindir; orang melayu berpuasa cukup cukup sebulan tapi kalau beraya sampai 3 bulan, hampir dekat dengan sambutan idul adhar. Tahun ini sambutan lagi sakan kerana kebetulan puak puak umno sedang menghadapi pencalunan dalam jemaah mereka. Masing masing riuh rendah mendirikan khemah terbuka, sambil menjemput si anu dan si ani bertandang moga moga akan bertambahlah saham masing masing.

Persoalan timbul betulkah amalan ini menjadi satu ibadah sempena merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa? Saperti apa yang disebut oleh Tun Dr.Mahadhir kononnya amalan rumah terbuka ini:

1. menghapuskan pandangan negatif terhadap Islam,

2. menghindar perasaan takut terhadap ajaran Islam,

3. mengikis pandangan bahawa Islam adalah agama yang pelik,

4. membawa perasaan faham memahami antara bukan Islam dan mukminin.

Saya kurang yakin untuk mencapai hasrat yang di nyatakan oleh TDM jika amalan rumah terbuka ini di sambut dengan kaedah yang di amalkan sekarang. Untuk tujuan tersebut rumah terbuka harus ada ciri ciri berikut;

1. majlis tahlil dan baca doa selamat,

2. baca ayat ayat Al Quran,

3. ceramah agama tajuknya ikut ustaz jangan ikut tuan rumah.

Itu baru betul.

No comments: