Selepas beberapa hari asyik makan daging dan ayam maka hari ini kami ke pasar Selayang mencari ikan pula. Hari biasa perjalanan dari Taman Melewar ke pasar Selayang mengambil masa lebih kurang 20 minit, tapi hari ini 10 minit dah sampai. Bukan setakat kereta tak banyak di jalan raya peniaga jual ikan pun ada dua tiga kerat saja.
Dalam perjalanan bila tiba di persimpangan lampu isyarat berdekatan dengan maslid jamek Batu Caves, saya tunjukkan poster gergasi Anwar yang di pacak berdekatan. Dengan selamba isteri saya berkata: ‘awat muka dia tak sama dengan Anwar?’ Saya jawab: ‘ ialah kan itu lukisan!’
Pulang ke rumah seperti biasa saya mengadap surat khabar ‘The Star’ dan terlihat poster gergasi Anwar yang kami lalui tadi. Ia sudah di jadikan satu isu polimik. Pada hal tidak terlintas langsung perkara perkara yang tak senonoh pada kami pagi tadi.
Se setengah manusia memang anih, suka melihat apa yang tak nampak. Bila jadi macam tu berbagai tafsiran di lakukan. Perkara tersebut bila di rujuk pada orang arif dan dekat mufti tentulah di jawabnya tak bolih takut tersasar akidah. Samalah juga dengan lukisan potret besar yang di pamer dalam rumah. Atau pun dok banyak soal sama ada Islam izinkan muslimin makan tapai kerana ia bolih memabukkan.. Bila ditanya dan dihalusi susah jadinya. Jarang kita berpandukan hati sanubari untuk membuat pertimbangan.
Teruk lagi jika perkara perkara remeh di politikkan. Teresa Kok pakai skirt di perkarangan masjid pun MB Kedah campur buat kenyataan. Padahal di masjid negara dan Shah Alam pelancung lebih teruk dari tu mereka tak bising. Tak kan ustaz Azizan nak kata: ‘tak ada masalah selagi tak nampak seluar dalam’.
Itulah bila niat dalam hati dah tak betul, persoalan kecil jadi susah. Konon bazir duit rakyat, terus saja menghukum perkara yang belum sohih, mana kita tahu depa guna duit bapa depa. Cukup teruk mentaliti orang berpolitik yang ‘low class’.
Memang depa nak cari pasai.
No comments:
Post a Comment