Friday, October 31, 2008
NGHAPLAH SUNGGUH ALI RUSTAM
Hari ini saya terbaca Metro ( member punya ).”RM1,000 nikah ibu tunggal” begitulah bunyi tajuk. Ali Rustam mencadangkan pemberian imbuhan sebagai hadiah wang tunai dengan syarat tidak menceraikan isteri pertama. Selain mendapat hadiah, lelaki berkenaan juga mendapat pahala and not to mention a wife.
Ali oh Ali banyak lagi ibadat yang boleh mendatangkan pahala. Cara begini dah tentu mengundang bala:
1. bini pertama dah tentu hot kerana di madu,
2. mengundang sindiket hanya untuk mendapatkan hadiah,
3. banyak pelancung yang miang miang melawat (melewat!) Melaka,
4. persatuan bini pertama dah tentu tak mengundi Ali.
Nasib baik berita tak di sensasikan dalam Utusan Melayau dan Berita Hairan, kalau tidak tak bertambahlah pencalunan.
RUMAH DAN KHEMAH TERBUKA.
Sungguh mengkagumkan perihal orang melayu menyambut hari raya idulfitri, hingga kehari ini masih lagi meriah mengadakan hari terbuka. Ada ustaz menyindir; orang melayu berpuasa cukup cukup sebulan tapi kalau beraya sampai 3 bulan, hampir dekat dengan sambutan idul adhar. Tahun ini sambutan lagi sakan kerana kebetulan puak puak umno sedang menghadapi pencalunan dalam jemaah mereka. Masing masing riuh rendah mendirikan khemah terbuka, sambil menjemput si anu dan si ani bertandang moga moga akan bertambahlah saham masing masing.
Persoalan timbul betulkah amalan ini menjadi satu ibadah sempena merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa? Saperti apa yang disebut oleh Tun Dr.Mahadhir kononnya amalan rumah terbuka ini:
1. menghapuskan pandangan negatif terhadap Islam,
2. menghindar perasaan takut terhadap ajaran Islam,
3. mengikis pandangan bahawa Islam adalah agama yang pelik,
4. membawa perasaan faham memahami antara bukan Islam dan mukminin.
Saya kurang yakin untuk mencapai hasrat yang di nyatakan oleh TDM jika amalan rumah terbuka ini di sambut dengan kaedah yang di amalkan sekarang. Untuk tujuan tersebut rumah terbuka harus ada ciri ciri berikut;
1. majlis tahlil dan baca doa selamat,
2. baca ayat ayat Al Quran,
3. ceramah agama tajuknya ikut ustaz jangan ikut tuan rumah.
Itu baru betul.
Friday, October 24, 2008
SEMUANYA SERBA SALAH.
Bila harga minyak mentah dalam pasaran antarabangsa naik mendadak, kerajaan Malaysia terpaksa menaikan harga di pam. Tindakan ini turut menyusahkan rakyat kerana harga barangan keperluan turut naik. Walaupun kebelakangan ini harga diturunkan 35 sen, jumlah tersebut tidak memberi cukup kesan untuk harga barangan turun bersama sama.
Sekarang harga minyak mentah turun sehingga Us 700 setong. Kita sekali lagi menempuh masalah kerana kerajaan telah kurang menerima hasil dari minyak. Timbalan menteri kewangan menyatakan 40% hasil negara datang dari minyak maka terpaksalah kerajaan mencari kewangan dari sumber lain.
Ibarat hujan, bila turun mengembirakan pekebun dan pesawah, tetapi ia menyulitkan pula peniaga pasar malam dan pemandu teksi. Kuncinya manusia haruslah cekap mentadbir nikmat pemberian Allah.
Turun salah naik pun masalah.
BETTER HAND OVER RAFIDAH.
She compromise to hand over wanita post to Sharizat in June 2009 provided Sharizat do not challenge her in the March 2009 Umno AGM. Why can’t she just relinquish her post and let Sharizat lead the wanita? Within 3 months what can she achieve.
Even TDM hinting Sharizat to take the challenge. Its more dignified for Rafidah to gracefully hand over to Sharizat than loose the fight for the post.
Sunday, October 19, 2008
Tuesday, October 7, 2008
PERKARA YANG REMEH.
Selepas beberapa hari asyik makan daging dan ayam maka hari ini kami ke pasar Selayang mencari ikan pula. Hari biasa perjalanan dari Taman Melewar ke pasar Selayang mengambil masa lebih kurang 20 minit, tapi hari ini 10 minit dah sampai. Bukan setakat kereta tak banyak di jalan raya peniaga jual ikan pun ada dua tiga kerat saja.
Dalam perjalanan bila tiba di persimpangan lampu isyarat berdekatan dengan maslid jamek Batu Caves, saya tunjukkan poster gergasi Anwar yang di pacak berdekatan. Dengan selamba isteri saya berkata: ‘awat muka dia tak sama dengan Anwar?’ Saya jawab: ‘ ialah kan itu lukisan!’
Pulang ke rumah seperti biasa saya mengadap surat khabar ‘The Star’ dan terlihat poster gergasi Anwar yang kami lalui tadi. Ia sudah di jadikan satu isu polimik. Pada hal tidak terlintas langsung perkara perkara yang tak senonoh pada kami pagi tadi.
Se setengah manusia memang anih, suka melihat apa yang tak nampak. Bila jadi macam tu berbagai tafsiran di lakukan. Perkara tersebut bila di rujuk pada orang arif dan dekat mufti tentulah di jawabnya tak bolih takut tersasar akidah. Samalah juga dengan lukisan potret besar yang di pamer dalam rumah. Atau pun dok banyak soal sama ada Islam izinkan muslimin makan tapai kerana ia bolih memabukkan.. Bila ditanya dan dihalusi susah jadinya. Jarang kita berpandukan hati sanubari untuk membuat pertimbangan.
Teruk lagi jika perkara perkara remeh di politikkan. Teresa Kok pakai skirt di perkarangan masjid pun MB Kedah campur buat kenyataan. Padahal di masjid negara dan Shah Alam pelancung lebih teruk dari tu mereka tak bising. Tak kan ustaz Azizan nak kata: ‘tak ada masalah selagi tak nampak seluar dalam’.
Itulah bila niat dalam hati dah tak betul, persoalan kecil jadi susah. Konon bazir duit rakyat, terus saja menghukum perkara yang belum sohih, mana kita tahu depa guna duit bapa depa. Cukup teruk mentaliti orang berpolitik yang ‘low class’.
Memang depa nak cari pasai.
Sunday, October 5, 2008
BOLEH SAYA BANTU?
Shah Alam: Pegawai kerajaan Kumpulan A yang dalam perjalanan pulang ke ibu kota atau melalui Lembah Klang untuk ke Selatan, diminta membantu polis trafik dengan melaporkan kesalahan jalan raya yang dilakukan pengguna jalan raya sepanjang perjalanan mereka.
Ini cerita lama. Dua puluh tahun dulu depa dah buat, siap dengan borang sekali. Sengap macam tu saja tidak ada siapa yang pantau. Saya juga pernah buat kerja ni, tut tut saya pula yang di marahi polis.
Takat buat statement di surat khabar bolih lah, cuba cerita modes operandinya bagaimana. Nanti tak pasai pasai kena lepuk dek orang. Lagi pun bukan semua pegawai kumpulan A patuh macam polis yang sedang bertugas, Ada yang perangai macam jemuan pun ada.
Memang tak praktikal!!
SYOR BN JADI PARTI TUNGGAL
Tobat Umno hendak di bubarkan kerana hendak terima masuk orang India dan orang Cina. Period! Umno hanya untuk melayu, jawa, mamak, turki, arab dan mereka yang bin Abdullah. Bangsa lain, nahi.
Awat, cara yang kita ikut la ni dah masuk setengah abad tak ada masalah besar. Masalah sekarang bukan parti tetapi individu individu dalam parti saja. Buang yang busuk busuk tu balik macam tahun 1946.
Yang pentingnya niat perjuangan. Melayu dengan melayu pun bercakaran ini kan pula berlainan bangsa. Kalau lancau potong pun bergaduh serupa tu lah.
Tiap tiap parti mesti ikut discipline, jangan amal double standard dan kuasa pemimpin cuba hadkan. Itu lebih senang. Keadilan, parti baru setahun jagong, ini Umno dah haram bolih di halalkan kembali.
M.Kayveas you kentut lebih baik.
NASI GANJA.
By BERNAMA
2008/10/02
Those craving for red chicken mixed rice, popularly known as ’nasi ganja’, can now have the meal in a better ambience at a newly-opened restaurant in the Greentown Business Centre here. The menu is a hit at the Nasi Vangge restaurant which until recently, was operating as ’Nasi Kandar Ayam Merah’ stall at Yong Suan Coffee Shop in Jalan Yang Kalsom.
Restoran Nasi Vangge Sdn Bhd managing director Saiful Sidik Abdullah said the new, 24-hour restaurant served over 200 dishes and could accommodate 250 people.
Besides serving its traditional menus of red chicken or the Madras chicken and tandoori, the restaurant which started business in 1956, also offers Thai and western cuisines, and soups.
Saiful said the Madras chicken recipe, which originated from Chennai, Madras, took eight hours to prepare.
I still remember in the 60’s Alor Star also had ‘nasi ganja’. Those are really ‘ganja’. Every night together with my gang we would cycled to A/S, near old market to have the nasi, without missed. That is the reason we nicknamed ‘nasi ganja’, tak kena tak bolih duduk. Each sitting we can tambah berpinggan pinggan.
Rumors said, that mamak really use ganja cooked together with rice. If not mistaken the mamak was caught right handed but his nasi is still popular with A/S residence especially those old timers.
My family whenever we ‘balik kampung’ that nasi are among our main menu besides mee Abu.
HARGA BARANG KEPERLUAN DI KL NAIK MENDADAK
Oleh Amirah amaly syafaat (Mingguan Malaysia)
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Harga beberapa barangan keperluan di sini dikesan naik mendadak sejak sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri sehingga hujung minggu hari ini.
Tinjauan Mingguan Malaysia di Pasar Pudu di sini hari ini mendapati antara barangan keperluan yang mengalami kenaikan harga ialah cili hijau dijual RM10 sekilogram (harga asal RM7), daging RM17 (RM15), ayam RM7.50 (harga siling RM7), ikan kembung RM10 (RM8), kacang panjang RM5 (daripada RM3) dan cili kering RM10.50 (harga asal RM6).
Seorang peniaga sayur, R. Krishnan, 42, berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga jualan barangan keperluan antara 20 sen dan 30 sen sekilogram kerana terpaksa membelinya pada harga yang tinggi daripada pembekal.
"Mereka menaikkan harga dengan alasan tiada pengangkutan semasa perayaan. Saya tahu pembeli akan merungut, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya ketika ditemui di Pasar Pudu.
Seorang peniaga ikan dan makanan laut, Chong Loy Fatt, 44, berkata, beliau sering mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan terutama sotong yang kini dijual dengan harga RM16 sekilogram berbanding RM11 sebelum ini.
"Mungkin faktor cuaca menyebabkan kebanyakan pembekal menaikkan harga ikan kembung, tenggiri, bawal putih, bawal hitam dan kerapu," ujarnya.
Seorang peniaga ayam, Asmah Thamby Hitam, 53, berkata, beliau masih menjual harga ayam mengikut harga siling yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Bagaimanapun, beliau mendakwa, terdapat beberapa penjual ayam yang menjual harga ayam sehingga RM10 sekilogram terutama pada malam sebelum 1 Syawal.
Seorang suri rumah, Asmah Abdul Majid, 44, berkata, belanja untuk barang keperluan rumahnya semakin meningkat sejak kerajaan menaikkan harga minyak Jun lalu.
"Kalau dahulu, kita boleh beli sayur-sayuran, ikan dan barangan keperluan lain cukup untuk seminggu hanya dengan belanja RM100, tetapi kini ia berlainan sekali. Semuanya perlu perancangan teliti," ujarnya.
Pendapat itu turut disokong oleh seorang lagi suri rumah, Faridah Mohd. Jaafar, 46, yang mengatakan kenaikan itu turut melibatkan minyak masak, telur, daging lembu import dan ikan bilis.
"Saya berharap kerajaan mempunyai cara untuk membantu rakyat mendapatkan kembali harga barangan yang berpatutan," ujarnya.
Akibat dari harga petrol naik 78 sen, semua barangan tumpang ‘the band wagon’, tapi bila dikurangkan 25 sen, harga yang lain buat tak tau saja.Naik mau turun tak mau.
Pemerintah buat tindakan sakerat jalan, ibarat bila turun pokok kelapa, kalau turun separuh tak akan sampai ke tanah. Macam ni orang tak kata harga petrol turun.
Peniaga pasar malam marah bila isi minyak van dan kereta mereka, tapi buat selamba saja bila naikkan harga jualan. Yang susah pengguna, yang merana orang pencen.
Saturday, October 4, 2008
KEMENANGAN MELAWAN EGO.
Sebelum PRU 12 yang lalu saya telah berselisih faham dengan salah saorang ahli jawatankuasa ( si A ) surau An Nur di Taman Koperasi Polis Fasa 1 Kuala Lumpur.
Saorang sahabat saya telah letak risalah yang menyenaraikan kepincangan parti pemerintah BN di perkarangan masjid untuk edaran kepada jemaah. Kebetulan saya berada disitu menunggu masuk magrib.
Si A datang dan melihat risalah tersebut dan terus di buang semuanya kedalam tong sampah. Beliau kemudian cuba menerangkan kepada saya bahawa butiran politik sedemikian tidak harus di sebar di surau. Ia hanya layak berada di warong kedai kopi.
Saya menyatakan bahawa beliau tidak sepatut membuang ke tong sampah, memadai sahaja diletakan di luar kawasan surau. Kaedah ini tidak menyinggung perasaan sahabat saya. Beliau naik berang kerana saya tidak menyetujui tindakannya.
Beliau terus tidak bertegur sapa dengan saya sehingga ke petang hari raya yang lalu, ia itu selama 6 bulan.
Azam saya pada hari raya ialah memohon maaf kepada beliau. Selesai sembahyang selepas bersalaman dengan jemaah, beliau saya cari. Melihat saya beliau terus naik kereta dan malangnya tidak dapat bergerak kerana terpaksa menunggu anak anaknya.
Saya hampiri kereta dan ketuk tingkap. Kerana terperangkap beliau turunkan cermin tingkap dan saya hulurkan tangan memohon maaf. Beliau menyambut sambil mempelawa saya beraya ke rumahnya.
Walaupun beliau hanya pencen ASP polis, peristiwa tersebut adalah satu kemenangan bagi saya.
Syukur alhamdulillah.