Friday, November 16, 2007

Sulat Kabar Balu !!!!!

Utusan Malaysia 16 Nov. 2007

PBT bukan milik kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Kerajaan negeri Selangor telah melanggar sempadan pentadbiran yang bukan dalam bidang kuasanya apabila menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, PBT bukan agensi di bawah kerajaan negeri, sebaliknya terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak wajar memberikan penyapu kepada agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan kerana PBT bukan ‘hak mutlak’nya.

Menurut Rais, pemberian penyapu itu mengaibkan penerimanya lebih-lebih lagi diberi kepada penjawat awam di hadapan khalayak ramai.

‘‘Selain itu, penyapu juga adalah sinonim dengan perkara negatif seperti kotor dan sial di kalangan masyarakat Malaysia,’’ kata Rais pada sidang akhbar selepas melancarkan buku Turunnya Sebuah Bendera karya Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang di sini hari ini.

Kecoh sungguh dengan tindakan Khir Toyol. Kalau semua orang turut sensitif terhadap apa yang dilakukan olih MB Selangor maka ini adalah petanda yang baik untuk mereka mempertingkatkan prestasi di masa hadapan. Bayangkan jika Kerajaan Negeri Kelantan yang lakukan, mungkin KJ anjurkan demo 200K (nak balas dendam).

Whats the fuss: new broom sweep clean.

‘Saya tahu tarikhnya’ -- Namun tidak dapat nyatakan bila pilihan raya diadakan – Ab. Rashid

MELAKA 15 Nov. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, beliau tahu bila pilihan raya umum ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat mengumumkannya.

“Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila (tarikh) pilihan raya umum akan datang. Saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua pihak membuat persediaan,” katanya.

Kaedah orang tua ni lebih teruk dari budak budak, bahkan macam orang dah nyanyok. Diam sajalah kalau tak mau bagi tau.

..................

‘‘Apa yang saya boleh jamin, pilihan raya ke-12 nanti akan berjalan dengan telus dan adil tetapi jangan campur aduk dengan isu lain yang tidak berkaitan dengan bidang kuasa SPR,” katanya.

Menurut beliau, pilihan raya di negara ini sentiasa dijalankan secara adil, bebas dan telus mengikut undang-undang sedia ada.

“Undang-undang yang sama masih terpakai sekarang dan jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan undang-undang itu, saya rasa patut mereka jangan salahkan SPR.

‘‘Mereka kena cari saluran untuk menentukan supaya pihak berwajib diyakinkan bahawa undang-undang itu patut dikaji,” jelasnya.

Beliau menambah, SPR sedia untuk berdialog dengan pihak yang menuduh kononnya SPR tidak adil, tidak bebas dan tidak telus.

Menurutnya, SPR sentiasa membuka pintu perbincangan dan forum terbuka kepada mereka yang tidak berpuas hati berkaitan fungsi dan tanggungjawab SPR.

Bunyi macam apologetic, alhamdulillah ini mungkin response terhadap PERHIMPUNAN BERSIH 10/11 yang lalu.

Harapan masyarakat terhadap pemimpin

PERHIMPUNAN Agung UMNO baharu sahaja tamat minggu lalu. Namun masyarakat awam terutama orang Melayu masih lagi membicarakan tentangnya.

Azrina silap buat penyelidikan kot, yang saya tau orang Melayu masih dok cerita pasai PERHMPUNAN BERSIH. Tak percaya, esok Azrina tengok depa pakat pakai baju/ seluar/ketayap kuning belaka.

Apa yang istimewa bagi perhimpunan kali ini adalah betapa dekatnya ia dengan pilihan raya umum yang sudah mulai terasa kehangatannya.

Bagi pemimpin, pasti sedang merangka jalan untuk menjuarai pilihan raya itu nanti. Dalam masa yang sama, masyarakat umum pula sedang merangka-rangka siapakah pemimpin yang layak memimpin mereka.

Soheh dua menteri ni kami tak mau: Nazri, Zam ala kazam. Kalau survive memang bangang sungguh mereka yang memangkahnya.

Pemimpin boleh diibaratkan sebagai seorang ‘bapa’. Bapa yang bijak dan tahu tanggungjawabnya sahaja yang boleh membawa keluarganya berjaya di dunia mahupun di akhirat. Sama jugalah dengan pemimpin. Jika pemimpin bijak dan arif berkenaan tanggungjawab yang dipikul, maka negara ini dan rakyatnya akan dapat merasai nikmat kejayaan.

Ingatlah bahawa setiap Muslim inginkan kejayaan di dunia serta tidak ingin melepaskan kejayaan di ‘dunia yang satu lagi’.

Pemimpin yang disegani pastinya mempunyai ciri-ciri yang melayakkan dirinya dipandang tinggi dan dicontohi.

Ciri-ciri ini tidaklah beku sifatnya. Namun yang pasti, jika kita berpegang kepada pemimpin yang menabur janji dan wang ringgit semata-mata, maka nikmat kepimpinannya tidak akan lama dirasai. Malah, kesan yang buruk boleh menimpa masyarakat. Oleh itu berpeganglah kepada pemimpin berilmu.

KEPALA BAPAK NI dok kira fulus saja, lepas tu bertaubatlah.

Khalifah Umar ibn Al-Khattab adalah salah seorang pemimpin kaum Muslimin yang terkenal namanya. Kisah bagaimana beliau meronda pada waktu malam demi melihat keadaan rakyat cukup terkenal dan sering disebut-sebut.

Puak puak tu bolih ceritalah dekat depa, depa lagi tere Azrina. Itu zaman dulu lagi pun Khalifah Umar memang dah kaya, la ni yang dok ada semuanya kayap kayap belaka.

Jadi, lihatlah betapa banyaknya faedah amalan meronda yang digemari Khalifah Umar. Secara lumrahnya, sebagai ahli masyarakat kita mahu melihat adanya pemimpin yang sebegini. Namun berapa ramaikah pemimpin yang sedia bersusah payah, berpanas dan berhujan dalam melakukan perkara sedemikian? Jika ada pun, mereka biasanya turun padang hanya pada waktu menjelang pilihan raya bersama-sama sekumpulan pengikutnya yang mana tindakan itu sendiri menyukarkan pemimpin tersebut mendekati rakyat.

Sapa kata pemimpin pemimpin la ni tak meronda? Rata dunia depa berjalan dan lobby hotel mana yang depa tak melawat?

Azrina depa ni bukan jenih makan saman, tak payah dok tarbiah dekat depa, buat abih boreh sajo!!

No comments: