Semalam sambut aniversary ke 35 di restoran Steven Setapak. Pemiliknya saorang India christian agaknya, sebab nama mat saleh. Pekerja pekerja semuanya di import dari India. Pengunjung kebanyakan remaja Cina penuntut TAR universiti yang berdekatan.
Apa yang saya hendak katakan ialah akan suasana malam itu bila waktu berita pukul 8:00 malam. Sayangnya pemilik membuka rancangan berita Tamil, ialah tak faham apa yang di sampaikan tapi tahu maksudnya. Lama juga ia menayangkan episod FRU melanyak kumpulan Hindraf dengan air beracun dan tangkapan beberapa pesertanya.
Persoalan timbul bila saya bandingkan dengan perhimpunan Bersih 10/11 yang lalu. Mengapa perhimpunan Hindraf mendapat liputan cukup luas, begitu juga di dada akhbar arus perdana gambar gambar peristiwa di paparkan dengan penuh dramatik.
Pemerintah menganggap kedua dua perhimpunan tersebut haram jadah sebab tidak mendapat kelulusan permit. Yang satu merosakkan image pemerintah yang satu lagi menolong naikan sentimen parti pemerintah. Itu saja bezanya, pemerintah menganggap perhimpunan Hindraf berbau perkauman dan ini mendapat simpati majoriti rakyat yang lain.
Pemilik restoran sendiri menganggap perhimpunan tersebut memalukan diri dia sebagai saorang India. “Why dont they slog hard like me?”
Malam itu semua pengunjung restoran asyik kutuk perhimpunan Hindraf; bodoh! serve them right! If they are serius to hand over the memorandum to the British Consulate do it on working days!! Stupid and absurd memo.
Strategi perhimpunan tidak menetapi hasrat.
No comments:
Post a Comment