Saya turut terkilan bersama sama mereka yang tidak dapat menyertai perhimpunan BERSIH pada 10 Nov. 2007 yang berlalu. T shirt dah pun saya beli di Markaz Tmn.Melewar dengan harga RM 8.00 tapi besoknya isteri saya memperingati jemputan rumah terbuka anak saudara saya di Puncak Jalil. Rancang awal ke sana supaya sempat ke masjid Jamek. Tidak dijangka masa pulang melalui lebuhraya K/L Selatan polis sedang buat road blok sebelum simpang ke MRR2. Tiga jam baru sampai rumah.
Selama 3 hari berturut turut saya layari blog blog yang mengesahkan perhimpunan tersebut. Melihat gambar gambar yang di paparkan terasa puas, sebak dan terharu, melihat anak muda Amri dari Shah Alam bersama sama dalam kumpulan tersebut.
Bila melihat sahabat sahabat terkena gas dan pancutan air pasukan FRU, terlintas di kepala otak saya bahawa lain kali bila kita nak adakan perhimpunan sedemikian, haruslah kita bersiap sedia. Contohnya selain daripada baju seragam kita bekalkan juga topeng pemedih mata. FRU tembak kita relek saja dan lihat apa pula tindakan mereka seterusnya.
Yang paling meluat saya lihat ialah perangai ZAM, menyesal undi dia, saya dari parlimen yang sama. Kali ini ZAM no vote for you, minta minta Mukriz ambek tempat dia atau undi saja PAS.
No comments:
Post a Comment