Monday, November 19, 2007

BERSIH Perlu Lanjutkan Tekanan Kepada Kerajaan BN.

Selepas PERHIMPUNAN BERSIH, kerajaan AAB tergamam tidak terkata. Rupanya dalam masa seminggu mereka telah merancang untuk menyerang balas. Straterginya ialah untuk tidak mengingatkan rakyat matlamat PERHIMPUNAN, iaitu memorandum menuntut keadilan PRU, tetapi mencari kesalahan episod tersebut.

Maka untuk mendapat simpati rakyat, dikaitkanlah (kononnya) dengan kemurkaan Yang Di Pertuan Agong. AAB & co berharap BERSIH akan banyak menghabiskan masa bersilat untuk menepis tuduhan itu. Dengan demikian mereka mengharapkan rakyat jelata akan kesampingkan tujuan utama perhimpunan. Ini mungkin di ikuti pula dengan berbagai bagai laporan polis terhadap BERSIH.

Begitulah stratergi kerajaan mengatasi tuduhan yang di limparkan rakyat kepada mereka dan juak juaknya sehingga tiba PRU.

BERSIH kesuntukan masa untuk mengambil tindakan susulan, kecuali boycot saja PRU ke12, kalau tidak sia sialah usaha yang kita lakukan selama ini.

No comments: