Monday, November 26, 2007

Layanan Berbeza Pemerintah Terhadap Perhimpunan BERSIH dan Hindraf.

Semalam sambut aniversary ke 35 di restoran Steven Setapak. Pemiliknya saorang India christian agaknya, sebab nama mat saleh. Pekerja pekerja semuanya di import dari India. Pengunjung kebanyakan remaja Cina penuntut TAR universiti yang berdekatan.

Apa yang saya hendak katakan ialah akan suasana malam itu bila waktu berita pukul 8:00 malam. Sayangnya pemilik membuka rancangan berita Tamil, ialah tak faham apa yang di sampaikan tapi tahu maksudnya. Lama juga ia menayangkan episod FRU melanyak kumpulan Hindraf dengan air beracun dan tangkapan beberapa pesertanya.

Persoalan timbul bila saya bandingkan dengan perhimpunan Bersih 10/11 yang lalu. Mengapa perhimpunan Hindraf mendapat liputan cukup luas, begitu juga di dada akhbar arus perdana gambar gambar peristiwa di paparkan dengan penuh dramatik.

Pemerintah menganggap kedua dua perhimpunan tersebut haram jadah sebab tidak mendapat kelulusan permit. Yang satu merosakkan image pemerintah yang satu lagi menolong naikan sentimen parti pemerintah. Itu saja bezanya, pemerintah menganggap perhimpunan Hindraf berbau perkauman dan ini mendapat simpati majoriti rakyat yang lain.

Pemilik restoran sendiri menganggap perhimpunan tersebut memalukan diri dia sebagai saorang India. “Why dont they slog hard like me?”

Malam itu semua pengunjung restoran asyik kutuk perhimpunan Hindraf; bodoh! serve them right! If they are serius to hand over the memorandum to the British Consulate do it on working days!! Stupid and absurd memo.

Strategi perhimpunan tidak menetapi hasrat.

Friday, November 23, 2007

On The Other Hand!!

Nation

Klang Valley chokes up

By ANDREW SAGAYAM

KUALA LUMPUR: Round-the-clock roadblocks have been set up in the Klang Valley as part of crime-prevention activities in the lead up to the illegal assembly called by the Hindu Rights Action Force (Hindraf) in the city this Sunday.

The assembly is to submit a petition with 100,000 signatures to Queen Elizabeth II to appoint a Queen’s Counsel to represent the Indian community in a class action suit against the British government for bringing Indians as labourers to the then Malaya and exploiting them.

The suit, filed at the Royal Courts of Justice in London by Hindraf chief P. Wathyamoorthy in August, seeks compensation of up to US$4tril (RM13.5tril), or US$1mil (RM3.4mil) for every Indian in Malaysia.

This will make every Malaysian Indians either a millionaire or a laughing stock of the British. And if you ever had a chance to visit England please don’t ever declare yourself a Malaysian Indian.

Look at the bright side, if you’re forefather were not hijacked to Malaya, what would you be in India? Soruuu pun not sure!

By now even a mamak like Zam would declare an Indian.

Flat tyre for Pak Lah in Singapore

SINGAPORE: Singaporean officials were caught with red faces when the official car carrying Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi suffered a puncture while on the way to the airport.

The puncture occurred just a few kilometres away from Changi Airport. Abdullah was heading home after attending the Asean summit and the East Asian summit here since Monday.

According to officials, the BMW7 series car was forced to stop along the highway.

Abdullah and his wife, Datin Seri Jeanne Abdullah hopped into a security car since there was no other official car available.

Officials said since Abdullah and his wife were in the security car, two Singapore security officials were left at the side of the highway.

Singaporeans are testing AAB and Johoreans, before they really embark on their Plan A. Plan B? God knows.

Hefty RM380mil bill if toll rates stay

THE Government will have to fork out a total of RM380mil to compensate toll concessionaire companies next year if the Cabinet decides not to increase toll rates.

Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said although the Cabinet had not decided on the issue, the ministry had worked out the amount of compensation to be paid.

Except for the Penang Bridge where the toll rate is scheduled to be revised on Oct 1, seven expressway operators are due to revise their rates on Jan 1.

The Government would have to compensate Ampang-Ulu Kelang Elevated Highways RM28mil, North-South Expressway (central region) RM18mil, Seremban-Port Dickson RM178mil, Kulim-Butterworth Expressway RM10mil, Second Link to Singapore RM6mil, Sprint Highway RM34mil, NKVE RM9mil and Penang Bridge RM22mil, he said.

The Government, having increased toll charges of the Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) from RM1 to RM1.60 instead of RM2.10, would have to pay Litrak, the operator of LDP, RM75mil.

I’m confused!! Does that mean all those concessionaire companies profit comes from Government that is you and me?? Like this A Keong or Pak Chat or Wak Karno from Pasar Tani can do better.

Malaysian memang bolih!!!

Wednesday, November 21, 2007

Bocor, Loghah, Terowong dan Tahan Tuaq.

Budaya pertuturan harian lelaki Kedah memang kasar, komikal dan kelolo. Mungkin ini menunjukan keakraban sesama mereka semasa bercakap. Bila rasmi atau baru kenal maka loghat dan gaya percakapan di kawal. Itu pun buat sementara saja, bila dah lama sikit budaya asal mulalah menjelma. Perkataan seperti ‘nampak loghah, terowong, tahan tuaq, bochoq’ biasa saja dipertuturkan, tidak ada ‘bad connotation’. Masalah timbul bila budaya ini di gunapakai diperingkat nasional dan di bedah siasat pula ungkapan ungkapan tersebut. Maka jadilah ia satu isu.

Memang betul lah MP Jerai dengan ikhlas mengatakan ia tidak bermaksud menginggung sesiapa, begitulah cara beliau bertutur dengan masyarakat di parlimen Jerai dan rakyat Kedah. Beliau baik orangnya, cuma kelolo sikit.

Mereka harus berhati hati bila bertutur di majlis resmi, contohnya dalam parlimen. Persepsi mereka yang mendengar bertukar dan akan ‘pass judgement’ menuduh kita tidak berakhlak.

Yang dok pi komen stewardess Air Asia pakai skirt pendek tu buat apa, depa tu semua bukannya orang beriman, lantak pi dekat depa. Yang patut di tegur ialah kakak kakak kita yang beriman dalam parlimen yang tak bertudung. Dalam Islam tak pakai tudung dan yang pakai bikini sama saja, dua dua tak tutup aurat. Makna kata kak Fidah pakai bikini lebih kurang sama saja dosanya disisi Allah kerana ingkar dengan perintahNya, cuma orang nanti kata ‘buang tabiaat’ saja.

Olih yang demikian MP Jerai bila bertutur tu biarlah nampak class sikit dan jangan ‘nghumbu’ sangat dengan isu isu yang nak di utarakan.

Monday, November 19, 2007

BERSIH Perlu Lanjutkan Tekanan Kepada Kerajaan BN.

Selepas PERHIMPUNAN BERSIH, kerajaan AAB tergamam tidak terkata. Rupanya dalam masa seminggu mereka telah merancang untuk menyerang balas. Straterginya ialah untuk tidak mengingatkan rakyat matlamat PERHIMPUNAN, iaitu memorandum menuntut keadilan PRU, tetapi mencari kesalahan episod tersebut.

Maka untuk mendapat simpati rakyat, dikaitkanlah (kononnya) dengan kemurkaan Yang Di Pertuan Agong. AAB & co berharap BERSIH akan banyak menghabiskan masa bersilat untuk menepis tuduhan itu. Dengan demikian mereka mengharapkan rakyat jelata akan kesampingkan tujuan utama perhimpunan. Ini mungkin di ikuti pula dengan berbagai bagai laporan polis terhadap BERSIH.

Begitulah stratergi kerajaan mengatasi tuduhan yang di limparkan rakyat kepada mereka dan juak juaknya sehingga tiba PRU.

BERSIH kesuntukan masa untuk mengambil tindakan susulan, kecuali boycot saja PRU ke12, kalau tidak sia sialah usaha yang kita lakukan selama ini.

Friday, November 16, 2007

Sulat Kabar Balu !!!!!

Utusan Malaysia 16 Nov. 2007

PBT bukan milik kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Kerajaan negeri Selangor telah melanggar sempadan pentadbiran yang bukan dalam bidang kuasanya apabila menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, PBT bukan agensi di bawah kerajaan negeri, sebaliknya terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak wajar memberikan penyapu kepada agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan kerana PBT bukan ‘hak mutlak’nya.

Menurut Rais, pemberian penyapu itu mengaibkan penerimanya lebih-lebih lagi diberi kepada penjawat awam di hadapan khalayak ramai.

‘‘Selain itu, penyapu juga adalah sinonim dengan perkara negatif seperti kotor dan sial di kalangan masyarakat Malaysia,’’ kata Rais pada sidang akhbar selepas melancarkan buku Turunnya Sebuah Bendera karya Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang di sini hari ini.

Kecoh sungguh dengan tindakan Khir Toyol. Kalau semua orang turut sensitif terhadap apa yang dilakukan olih MB Selangor maka ini adalah petanda yang baik untuk mereka mempertingkatkan prestasi di masa hadapan. Bayangkan jika Kerajaan Negeri Kelantan yang lakukan, mungkin KJ anjurkan demo 200K (nak balas dendam).

Whats the fuss: new broom sweep clean.

‘Saya tahu tarikhnya’ -- Namun tidak dapat nyatakan bila pilihan raya diadakan – Ab. Rashid

MELAKA 15 Nov. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, beliau tahu bila pilihan raya umum ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat mengumumkannya.

“Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila (tarikh) pilihan raya umum akan datang. Saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua pihak membuat persediaan,” katanya.

Kaedah orang tua ni lebih teruk dari budak budak, bahkan macam orang dah nyanyok. Diam sajalah kalau tak mau bagi tau.

..................

‘‘Apa yang saya boleh jamin, pilihan raya ke-12 nanti akan berjalan dengan telus dan adil tetapi jangan campur aduk dengan isu lain yang tidak berkaitan dengan bidang kuasa SPR,” katanya.

Menurut beliau, pilihan raya di negara ini sentiasa dijalankan secara adil, bebas dan telus mengikut undang-undang sedia ada.

“Undang-undang yang sama masih terpakai sekarang dan jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan undang-undang itu, saya rasa patut mereka jangan salahkan SPR.

‘‘Mereka kena cari saluran untuk menentukan supaya pihak berwajib diyakinkan bahawa undang-undang itu patut dikaji,” jelasnya.

Beliau menambah, SPR sedia untuk berdialog dengan pihak yang menuduh kononnya SPR tidak adil, tidak bebas dan tidak telus.

Menurutnya, SPR sentiasa membuka pintu perbincangan dan forum terbuka kepada mereka yang tidak berpuas hati berkaitan fungsi dan tanggungjawab SPR.

Bunyi macam apologetic, alhamdulillah ini mungkin response terhadap PERHIMPUNAN BERSIH 10/11 yang lalu.

Harapan masyarakat terhadap pemimpin

PERHIMPUNAN Agung UMNO baharu sahaja tamat minggu lalu. Namun masyarakat awam terutama orang Melayu masih lagi membicarakan tentangnya.

Azrina silap buat penyelidikan kot, yang saya tau orang Melayu masih dok cerita pasai PERHMPUNAN BERSIH. Tak percaya, esok Azrina tengok depa pakat pakai baju/ seluar/ketayap kuning belaka.

Apa yang istimewa bagi perhimpunan kali ini adalah betapa dekatnya ia dengan pilihan raya umum yang sudah mulai terasa kehangatannya.

Bagi pemimpin, pasti sedang merangka jalan untuk menjuarai pilihan raya itu nanti. Dalam masa yang sama, masyarakat umum pula sedang merangka-rangka siapakah pemimpin yang layak memimpin mereka.

Soheh dua menteri ni kami tak mau: Nazri, Zam ala kazam. Kalau survive memang bangang sungguh mereka yang memangkahnya.

Pemimpin boleh diibaratkan sebagai seorang ‘bapa’. Bapa yang bijak dan tahu tanggungjawabnya sahaja yang boleh membawa keluarganya berjaya di dunia mahupun di akhirat. Sama jugalah dengan pemimpin. Jika pemimpin bijak dan arif berkenaan tanggungjawab yang dipikul, maka negara ini dan rakyatnya akan dapat merasai nikmat kejayaan.

Ingatlah bahawa setiap Muslim inginkan kejayaan di dunia serta tidak ingin melepaskan kejayaan di ‘dunia yang satu lagi’.

Pemimpin yang disegani pastinya mempunyai ciri-ciri yang melayakkan dirinya dipandang tinggi dan dicontohi.

Ciri-ciri ini tidaklah beku sifatnya. Namun yang pasti, jika kita berpegang kepada pemimpin yang menabur janji dan wang ringgit semata-mata, maka nikmat kepimpinannya tidak akan lama dirasai. Malah, kesan yang buruk boleh menimpa masyarakat. Oleh itu berpeganglah kepada pemimpin berilmu.

KEPALA BAPAK NI dok kira fulus saja, lepas tu bertaubatlah.

Khalifah Umar ibn Al-Khattab adalah salah seorang pemimpin kaum Muslimin yang terkenal namanya. Kisah bagaimana beliau meronda pada waktu malam demi melihat keadaan rakyat cukup terkenal dan sering disebut-sebut.

Puak puak tu bolih ceritalah dekat depa, depa lagi tere Azrina. Itu zaman dulu lagi pun Khalifah Umar memang dah kaya, la ni yang dok ada semuanya kayap kayap belaka.

Jadi, lihatlah betapa banyaknya faedah amalan meronda yang digemari Khalifah Umar. Secara lumrahnya, sebagai ahli masyarakat kita mahu melihat adanya pemimpin yang sebegini. Namun berapa ramaikah pemimpin yang sedia bersusah payah, berpanas dan berhujan dalam melakukan perkara sedemikian? Jika ada pun, mereka biasanya turun padang hanya pada waktu menjelang pilihan raya bersama-sama sekumpulan pengikutnya yang mana tindakan itu sendiri menyukarkan pemimpin tersebut mendekati rakyat.

Sapa kata pemimpin pemimpin la ni tak meronda? Rata dunia depa berjalan dan lobby hotel mana yang depa tak melawat?

Azrina depa ni bukan jenih makan saman, tak payah dok tarbiah dekat depa, buat abih boreh sajo!!

Tuesday, November 13, 2007

Perhimpunan Yang BERSIH!!!

Saya turut terkilan bersama sama mereka yang tidak dapat menyertai perhimpunan BERSIH pada 10 Nov. 2007 yang berlalu. T shirt dah pun saya beli di Markaz Tmn.Melewar dengan harga RM 8.00 tapi besoknya isteri saya memperingati jemputan rumah terbuka anak saudara saya di Puncak Jalil. Rancang awal ke sana supaya sempat ke masjid Jamek. Tidak dijangka masa pulang melalui lebuhraya K/L Selatan polis sedang buat road blok sebelum simpang ke MRR2. Tiga jam baru sampai rumah.

Selama 3 hari berturut turut saya layari blog blog yang mengesahkan perhimpunan tersebut. Melihat gambar gambar yang di paparkan terasa puas, sebak dan terharu, melihat anak muda Amri dari Shah Alam bersama sama dalam kumpulan tersebut.

Bila melihat sahabat sahabat terkena gas dan pancutan air pasukan FRU, terlintas di kepala otak saya bahawa lain kali bila kita nak adakan perhimpunan sedemikian, haruslah kita bersiap sedia. Contohnya selain daripada baju seragam kita bekalkan juga topeng pemedih mata. FRU tembak kita relek saja dan lihat apa pula tindakan mereka seterusnya.

Yang paling meluat saya lihat ialah perangai ZAM, menyesal undi dia, saya dari parlimen yang sama. Kali ini ZAM no vote for you, minta minta Mukriz ambek tempat dia atau undi saja PAS.

Friday, November 9, 2007

Bila Kuil Dan Surau Di Robohkan.

Selepas solat magrib di surau An Nur Taman Koperasi Polis saorang sahabat dan saya beredar ke Markas Pas Taman Melewar untuk mendengar tazkirah di situ. Suasana di markas agak berbeza dengan surau yang selalu saya berjamaah: ialah pertama jemaahnya tak begitu sofisticated dan warak, tak ada yang berjubah putih segak dan berdisciplin. Kedua penceramahnya bersahaja dan lebih relek, mungkin tak ada pantang larang yang dikenakan kepadanya dan ketiga ceramahnya penuh sinis ‘can say what is right is right, what is wrong he is not saying right’. Reality!

Perkara menarik yang saya ingin kongsikan ialah bila beliau membuat komen mengenai Sami Vellu. Pada Deepavali yang lalu Sami Vellu yang tidak berpakaian traditional di temu ramah olih pengacara bangsa Melayu yang berpakaian lebih Hindu dari Sami Vellu. Pengacara bertanya Sami Vellu mengenai sambutan Deepavali. Sami Vellu menjawab yang dia tidak berapa ada mood kerana berdukacita kuil di Shah Alam telah di robohkan. Beliau seterusnya meminta mereka mereka yang hendak merobohkan kuil Hindu hendaklah bertanyakan kepadanya dahulu sebelum apa apa tindakan dibuat.

Saya tabik kepada Sami Vellu kerana beliau begitu peka dengan kuil tempat sembahyang kaum Hindu. Berbanding pula dengan Menteri Melayu dan Islam diam macam batu bila ada surau surau di robohkan olih pihak berkuasa. Tak hairan kalau Menteri Melayu tak ada telur nak bertegur sapa dengan isu ini, ni yang Mufti buat pekak badak pasai apa? Awat dia ingat kerja Mufti jadi Tok Mudin saja?

Begitulah Melayu turut sama menghina Islam. Ashik berangan jadi angkasawan dah lupa berpijak di bumi nyata.

Bangun dan sedarlah wahai Menteri Menteri Melayu yang tak munafik.

Sunday, November 4, 2007

Jantung & Hati

Saya beranggapan masih ramai orang keliru dengan perkataan ‘hati’. Apa yang di tuturkan lidah dengan maksud dan fungsi ‘hati’ itu agak tak berapa betul. Dalam bahasa Inggeris hati itu terjemahannya ialah ‘liver’ dan jantung pula ialah ‘heart’. Olih yang demikian ungkapan ‘my sweet heart’ bukan bermaksud ‘buah hatiku’ tetapi ‘buah jantungku’. Bagaimana pun kita silap terjemahan maka tak hendak malu kita tambah jadi ‘jantung hatiku’. Kita rangkom dua dua sekali. Memang dia kait mengait pun.

Dalam al Quran di sebut ‘kalbu’ ia itu jantung sebagai istilah yang bersifat benda, ia merujuk kepada anggota yang terletak pada bahagian kiri dada yang tugasnya mengalirkan darah keseluruh badan. Kerana fungsi anggota kalbu, kita kena terjemahkan kepada jantung, bukan nya hati.

Hati atau ‘liver’ adalah anggota yang tugasnya menyaring darah yang kotor sebelum disalir ke jantung untuk di pump keseluruh badan. Jadi supaya nak selaraskan fungsi dan maksud dalam bahasa Quran dan Inggeris, bahasa Malaysia kenalah sesuaikan jantung dan hati dengan fungsi masing masing.

Jadi mungkin apa yang di ungkapkan PM ‘Melayu jangan berpolitik mengikut hati’ bermaksud jangan ikut nafsu. Sebab kita sepatutnya mengikut hati, menyaring dahulu benda yang kotor sebelum mengamalkan yang elok dan bersih.

Friday, November 2, 2007

Himpunan 100k Rakyat

Perhimpunan 100,000 rakyat menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di jadualkan 10 November 2007 ini hanya tinggal 7 hari lagi. Member dah pakat ajak ramai ramai kesana dengan LRT. Kata mereka kalau ada sekatan polis susah mereka nak bendung kebanjiran rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Bila fikirkan suasana hari tersebut terbayang akan sami sami yang berlarak di Yanggon, maka adakah polis di Malaysia akan turut bertindak sedemikian.

Sebusuk busuk Junta di Myanmar di benarkan dulu ‘solidarity walk’, kemudian baru ambil tindakan. Kerajaan di Malaysia langsung tak bagi ‘chance’ terus nak ambil tindakan sebelum upacara diadakan. Nampak sangat Kerajaan Malaysia lebih zalim daripada Junta Myanmar.

Tak rasa malu kah AAB?