Lee Kuan Yew menyatakan kebimbangan terhadap pelaburan Singapore di IDR dan membayangkan bahawa pembangunan di kawasan tersebut tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada UMNO Johor.
Star hari ini memuatkan response Datuk Seri Najib Razak terhadap isu ini dan beliau menafikannya. DSNR telah dapat confirmation daripada Datuk Ghani Osman, Datuk Musa Hitam dan Datuk Sharir Samad, orang kuat UMNO Johor.
Pada hemat saya, sebagai bukan orang Johor, jawapan tersebut tidak mencerminkan pandangan akar umbi UMNO Johor. Lihat sajalah jawapan Tan Seri Hamid Albar, menampakkan sedikit reservation. Hishamudin nampaknya dah kurang berkokok, dan bagaimana pula dengan Datuk Rohanie Ahmad? say your heart out!!
Susah nak dibezakan diantara pandangan peribadi wakil rakyat dan pendirian keseluruhan rakyat yang diwakilinya. Kalau di USA, isu yang melibatkan rakyat, concensus rakyat diambil kira, lain pula di Malaysia wakil rakyat mendapat lesen besar bila dipilih wakil rakyat. Ikut naluri dia, kalau wakil rakyat dunggu maka dunggulah tindakan beliau, dan meranalah rakyat jelata.
Salahnya rakyat sendiri, mereka pilih parti bukan pilih wakil rakyat. Sebab itu kalau BN letak tunggul kayu sebagai calonnya, maka tunggul kayulah yang kita lihat di Parlimen, apa nak buat. Majoriti wakil rakyat bagaikan burung unta, mulut cepat meluahkan kata kata dari otak, sebab hatinya terlalu jauh kebawah.
Kalau ada yang cerdik sikit takut pula nak bersuara, tak bolih menungkah arus walaupun tak bersetuju. Itulah terjadi dalam UMNO, kata orang Utara, jadilah ‘pak pak lang’ semuanya.
UMNO Johor patut luahkan perasaan hati, tak semua tindakan orang atas itu betul. Janganlah biar nasi jadi bubur, pemimpin datang dan pergi, takut anak cucu kita yang menanggung kelak. Alasan mengatakan tindakan adalah dari suara kabinet, tak selalu bolih pakai. Lihatlah masa zaman TDM, bila dah turun takhta apa yang orang tua tu buat semua serba tak kena. Kenapa tak setuju dulu? Jaga periuk nasi konon!! Bukan demi bangsa, agama, dan negara, piraaahh... Semuanya mangkuk hayun.
No comments:
Post a Comment