Tulisan berjudul ‘Nafas baru industri padi’ dalam Utusan Malaysia 17/07/07 dan ‘Northern Corridor to a better life’ dalam Star 18/07/07 menarik minat untuk memberi pandangan berpandukan pengalaman sebagai anak pesawah di Kedah. Andaian mengatakan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang akan di lancarkan pada 30 Julai 2007 ini akan memberi nafas baru terhadap industri padi negara agak kabur di fikiran dan pandangan petani. Penulis tidak memperincikan kaedah bagaimana industri dapat manafaat dari NCER. Tunku Shariah sekadar menyentuh penggunaan mesin dan baja untuk meningkatkan pendapatan pesawah, padahal beliau sedia maklum bahawa amalan ini sudah 40 tahun diusahakan olih mereka. Apakah ajenda baru seterusnya yang harus diberi tumpuan hasil dari NCER supaya peningkatan hasil dan pengurangan kos dapat meningkatkan taraf hidup mereka? Apakah visinya?
Pengurus Besar MADA terus terang menyatakan tidak ada perkara baru yang akan dilakukan kesan dari NCER. Beliau hanya akan meneruskan program tanaman secara estet untuk meningkatkan pendapatan petani. Pegawai MADA tentu ingat hasrat Tun Dr. Mahathir menjadikan keseluruhan kawasan MADA sebagai estet padi.Tiap tiap blok seluas 2,000 hektar dan segala pengurusan ladang dilakukan dengan mesin yang tercanggih sebagai mana di usahakan di Australia. Menabur benih gunakan kapal terbang, infrastruktur saliran dan perparitan ladang yang 'top class' dengan bantuan laser land levelling techniques.
Di masa cadangan diutarakan kita tidak ada politikal will untuk menyatukan saiz saiz sawah yang kecil menjadi entiti yang besar. Mungkin tiba masanya kita melonjak pemikiran kita kearah itu. Mekanisma pengurusan menjadi mudah dan tenaga kerja dapat diatasi. FELCRA Seberang Perak sekurang kurangnya telah mencapai hasrat tersebut, walaupun masih terdapat berbagai halangan. Pihak MADA di harap dapat melihat 'out of the box' untuk merebut peluang NCER dan langsung memperbaiki taraf hidup petani.
No comments:
Post a Comment