Friday, July 27, 2007

Naik Tongkang ke Langkawi

ALOR STAR: Seorang pekerja feri cedera tangan apabila dua feri penumpang berlanggar di terminal feri Kuala Kedah dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku ketika feri Labuan 7 yang membawa 160 penumpang dari Langkawi hendak berlabuh di jeti itu tetapi menghadapi masalah gear akibat gelombang besar lalu terlanggar bahagian belakang feri Alaf Baru 3 yang dikatakan hendak berlepas ke Langkawi.
Feri Alaf Baru 3 membawa kira-kira 100 penumpang ketika kejadian.
Kejadian itu adalah yang kedua selepas seorang maut dan tiga parah manakala 10 lagi cedera apabila dua feri bertembung ketika hujan dekat Pulau Payar pada 25 November lalu.

Walaupun arah perjalanan terbentang luas seperti juga pesawat terbang di udara, olih kerana kecuaian manusia kemalangan tetap berlaku. Kadang kadang heran juga kita bila ingatkan lautan yang begitu luas terjadi juga perlanggaran. Tetapi jika di bandingkan dengan di jalan raya kemalangan tersebut tidaklah membimbangkan.


Terkenang saya di zaman sekolah menengah, selepas selesai SPM kami berbasikal ke Langkawi. Feri ada sebuah berlabuh dekat jambatan Sultan Badlishah tapi tak berkemampuan. Jadi alternatif nya kami naiki kapal (tongkang?) bawa barangan dari Kuala Kedah ke Kuah. Perjalanan nya di malam hari untuk mengelak panas matahari. Petang bertolak hingga ke awal besok pagi. Bayangkan di tengah malam di kelilingi lautan yang gelap gelita dan you duduk/tidur diatas timbunan barangan di dek tongkang. Ada seketika tongkang menurunkan barangan di sebuah pulau,

kelindannya terjatuh kedalam laut. Saya pun tak perasan bagaimana dia terselamat. Begitu lah pengalaman dan trajedi ke Langkawi, terbuku dalam ingatan.

No comments: