Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita ‘RM 1.68 juta indahkan perkampungan Felda – TPM’ dan dimuatkan gambar menunjukkan TPM bersalaman dengan juruukur terawal pembukaan tanah Felda dari New Zealand. Maka mungkin terjawablah pertanyaan anak saya mengenai asal usul nama Felda New Zealand.
Saturday, July 7, 2007
Felda New Zealand
Kami ikuti jalan lama dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Singgah di Maran makan tengah hari, tak banyak pilihan makanan, tapi kerana tengah lapar kami bedal apa yang di sajikan. Sebelum itu kami melalui simpang jalan ke Felda New Zealand, dan anak bertanyakan bagaimana penempatan rancangan mendapat nama tersebut. Jawab tetap jawab sebagai ayah, maka terpaksalah di reka asal usulnya. Mungkin salah saorang pengasas rancangan Felda tersebut baru balik dari New Zealand atau anak penerokanya adalah graduan dari sana. Beliau tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment