Saturday, July 14, 2007

Tiger Yang Hilang Taring

Masa muda dulu memang kaki bola. Tiap hari tak sabar menunggu petang, hujan ke, ribut ke, padang tetap kami turun. Dalam hujan lagi best main bola. Menjelang petang member yang pegang bola bergegas dulu ke kedai basikal untuk mengepam. Bayangkanlah bola di zaman tu punya lah besar, satu setengah besar dari kepala kita, pakai tiub. Lepas masukkan angin, kena ikat pula, macam ikat tali kasut. Cuma yang expert saja dipertanggung jawab memegang bola. Bila hujan bola jadi berat dan licin kerana berlumut. Tendang tak jalan dan tangkap tak lekat. Kasut bola pula kena tempah di kedai kasut, tapaknya ya Allah! berceragah dengan paku kalau kasut tu dah lama. Kalau nak tanduk bola terpaksa pejam mata takut kut kut kena belah tali, berparut dahi.

Begitulah suasana permainan bola sepak menyebabkan semua pemain pemainnya kental dan tahan lasak. Setakat jatuh kena das (sepak kaki belakang), kami bangkit buat tak tau saja. Sakit hati tengok pemain la ni, punyalah pondan siam, jatuh sikit mengelupur macam ikan keli atas darat.


Sebelum mewakili negeri atau negara kebanyakannya telah bergelumang di peringkat kampung atau kelab. Proses nak bentuk team memang perit, semangat dan tenaga cukup kuat, cuma yang lacking ialah strategi permainan. Sekarang strategi dan latihan kuat, semangat dan tenaga pula yang kurang. Di tambah pula dengan pengambilan bermacam pil (pil kuat dan pil khayal) menyebabkan pemain sekarang jadi lembek macam sayur. Tak tau lah pula kalau kalau terjebak dengan sindiket perjudian, lagilah parah permainan mereka.Kita yang tengok ni tak tahu apa sebenarnya terjadi kepada pemain pemain, orang dalam tentu faham sangat dengan gelagat mereka.

Olih yang demikian jika nak kembalikan zaman kegemilangan bola sepak, perkara perkara berikut hendaklah ditingkatkan:

1. disiplin pemain pemain paling penting sekali. Belum menang dah berangan macam superstar, dengan rambut panjang macam pumpuan, kereta hebat macam celebrity.

2. Pertubuhan jangan libatkan orang politik atau kerabat Di Raja, susah jawatankuasa nak buat tindakan atau perubahan, dok kena kautaw dulu. Kadang kadang mereka ini dilibatkan olih kerana senang buat kerja( hitching a ride).

No comments: