Monday, July 30, 2007

Stargazer 10

Umno adopt four ‘M’ approach for election

Penambahan ‘Me atau Mem’ dalam bahasa menunjukkan kata buat, tak ada uniknya pendekatan yang gunapakai olih Umno untuk PRU akan datang. Maka terkandunglah perkataan ‘Merompak’, ‘Menyamun’, ‘Membodek’, ‘Menyeleweng’, ‘Meracau’ dan berbagai bagai lagi perkataan.

Zam ignore ‘goblok’ bloggers.

For once its a sensible advice from Zam, the problem is how to differentiate one from the other. Everyone has their own set of criteria when comes to evaluation. Anyway Zam, its a positive thinking for the bloggers.

Sunday, July 29, 2007

Stargazer 9

Rais did the right thing says Nazri.

Dalam blog bertarikh 10 Jun 2007 saya speculate bahawa pencalonan Datuk Seri Rais Yatim(DSDRY) ke jawatan Setiausaha Agung Komanwel merupakan satu polital move. Sekarang DSDRY nampaknya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Masa saya bertugas dengan sebuah syarikat swasta pada tahun 2003, saya diarah bertukar ke tempat yang tak saya sukai atas sebab sebab tertentu, jadi saya nyatakan kepada MD. Jawapan beliau, jika tak mahu ikut arahan awak bolih berhenti kerja. Saya sahut cabaran tersebut dan saya tender resignation dalam masa 24 jam.

Saya rasa pelek kenapa DSDRY bolih 'turn down' cadangan kerajaan. Entahlah mungkin case DSDRY ini lain sikit kut, kalau tidak Datuk Nazri tak akan ikut jadi gedembai.

Saya juga membuat spekulasi bahawa DSDRY akan hanyut menjelang PRU nanti.

White House Race enters cyberspace

The US presidential contenders are running on adrenaline on the internet, which they have made a domineering campaign and fun-raising tool in the fight for the White House.

Bloggers , as expected, believe their constant online posting helped change the climate of the campaign. Blogs drive an interest on any issues.

Bahang peranan bloggers di Malaysia telah turut dirasakan. Tindakan kerajaan sekarang menampakkan kebimbangan mereka terhadap bloggers walaupun masih ada sesetengah yang menafikan. Jalan penyelesaian ialah berdepan dengan isu ‘head on ‘dengan cara gentleman, bukan mengherdik bloggers. Lambat laun warga cyberspace akan bertambah, silap pertimbangan kerajaan pula akan mendapat satu lagi ‘pressure group’.

Bantah taraf akademik

Datuk Seri Mohd Ali Rustam membantah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan taraf akademik sebagai asas kelayakan pemilihan calon parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya umum.

Yang ada kelayakan akademik bukan semuanya baik, ada juga yabg tidak baik, jadi semestinya ada gandingan antara ada ijazah dan tidak,” katanya.

Argument sebegini macam budak darjah satu.

Saorang lagi Umno vice president Tan Sri Muhyiddin Yasin sebaliknya lebih tackful dengan isu ini. Saya kira pandangan mereka laksana ‘lain dibibir lain di hati’. Ia bergantung kepada suasana dan mentaliti audience yang di ucapkan. Maklumlah kan sekarang ini bahang kempen Umno di merata rata tempat. Everybody is playing safe.

Friday, July 27, 2007

Naik Tongkang ke Langkawi

ALOR STAR: Seorang pekerja feri cedera tangan apabila dua feri penumpang berlanggar di terminal feri Kuala Kedah dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku ketika feri Labuan 7 yang membawa 160 penumpang dari Langkawi hendak berlabuh di jeti itu tetapi menghadapi masalah gear akibat gelombang besar lalu terlanggar bahagian belakang feri Alaf Baru 3 yang dikatakan hendak berlepas ke Langkawi.
Feri Alaf Baru 3 membawa kira-kira 100 penumpang ketika kejadian.
Kejadian itu adalah yang kedua selepas seorang maut dan tiga parah manakala 10 lagi cedera apabila dua feri bertembung ketika hujan dekat Pulau Payar pada 25 November lalu.

Walaupun arah perjalanan terbentang luas seperti juga pesawat terbang di udara, olih kerana kecuaian manusia kemalangan tetap berlaku. Kadang kadang heran juga kita bila ingatkan lautan yang begitu luas terjadi juga perlanggaran. Tetapi jika di bandingkan dengan di jalan raya kemalangan tersebut tidaklah membimbangkan.


Terkenang saya di zaman sekolah menengah, selepas selesai SPM kami berbasikal ke Langkawi. Feri ada sebuah berlabuh dekat jambatan Sultan Badlishah tapi tak berkemampuan. Jadi alternatif nya kami naiki kapal (tongkang?) bawa barangan dari Kuala Kedah ke Kuah. Perjalanan nya di malam hari untuk mengelak panas matahari. Petang bertolak hingga ke awal besok pagi. Bayangkan di tengah malam di kelilingi lautan yang gelap gelita dan you duduk/tidur diatas timbunan barangan di dek tongkang. Ada seketika tongkang menurunkan barangan di sebuah pulau,

kelindannya terjatuh kedalam laut. Saya pun tak perasan bagaimana dia terselamat. Begitu lah pengalaman dan trajedi ke Langkawi, terbuku dalam ingatan.

Wednesday, July 25, 2007

Stargazer 8

Hisham to look into slapping case.

The education ministry will investigate the slapping case of 22 primary pupils for failing to turn in their homework.

Nostalgically it went back to year 1959. I was in Special Malay 2 at Iskandar Primary School at Alor Star. During history class a guy, can’t remember who it was, did something that upset the teacher. He asked who the culprit was. The whole class remains dumb founded. He suspected eight of us and called to line up in front of the class. Started with me as the shortest and ascending to the right. The teacher slapped my face and asked me to slap the person on my right as hard as possible. I slapped him, but being my buddy I do not want to hurt him. The teacher angrily slapped me the second time because I did not follow his instruction. That ritual, slapping your friend on your right went on till the end and yet we do not know who the culprit was. We hated and respected the teacher, but one thing though it really disciplined us.

Thursday, July 19, 2007

Impak Wilayah Ekonomi Koridor Utara Kepada Petani

Tulisan berjudul ‘Nafas baru industri padi’ dalam Utusan Malaysia 17/07/07 dan ‘Northern Corridor to a better life’ dalam Star 18/07/07 menarik minat untuk memberi pandangan berpandukan pengalaman sebagai anak pesawah di Kedah. Andaian mengatakan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang akan di lancarkan pada 30 Julai 2007 ini akan memberi nafas baru terhadap industri padi negara agak kabur di fikiran dan pandangan petani. Penulis tidak memperincikan kaedah bagaimana industri dapat manafaat dari NCER. Tunku Shariah sekadar menyentuh penggunaan mesin dan baja untuk meningkatkan pendapatan pesawah, padahal beliau sedia maklum bahawa amalan ini sudah 40 tahun diusahakan olih mereka. Apakah ajenda baru seterusnya yang harus diberi tumpuan hasil dari NCER supaya peningkatan hasil dan pengurangan kos dapat meningkatkan taraf hidup mereka? Apakah visinya?



Pengurus Besar MADA terus terang menyatakan tidak ada perkara baru yang akan dilakukan kesan dari NCER. Beliau hanya akan meneruskan program tanaman secara estet untuk meningkatkan pendapatan petani. Pegawai MADA tentu ingat hasrat Tun Dr. Mahathir menjadikan keseluruhan kawasan MADA sebagai estet padi.Tiap tiap blok seluas 2,000 hektar dan segala pengurusan ladang dilakukan dengan mesin yang tercanggih sebagai mana di usahakan di Australia. Menabur benih gunakan kapal terbang, infrastruktur saliran dan perparitan ladang yang 'top class' dengan bantuan laser land levelling techniques.

Di masa cadangan diutarakan kita tidak ada politikal will untuk menyatukan saiz saiz sawah yang kecil menjadi entiti yang besar. Mungkin tiba masanya kita melonjak pemikiran kita kearah itu. Mekanisma pengurusan menjadi mudah dan tenaga kerja dapat diatasi. FELCRA Seberang Perak sekurang kurangnya telah mencapai hasrat tersebut, walaupun masih terdapat berbagai halangan. Pihak MADA di harap dapat melihat 'out of the box' untuk merebut peluang NCER dan langsung memperbaiki taraf hidup petani.

Monday, July 16, 2007

Penghijrahan Professional Malaysia

79,199 daripada 106,000 orang ialah melayu yang tanah tumpah darah mereka sejak asal ialah Tanah Melayu atau Malaysia.

Mohd Kamil Yusof telah menggariskan beberapa sebab dalam isu semasa di Utusan Melayu versi Jawi. Sebelum itu Datuk Kadir Jasin menerusi blog juga telah menyentuh perihal penghijrahan orang Melayu dan heran dengan trend demikian.

Pada hemat saya jumlah yang berhijrah lebih tinggi berbanding dengan bilangan yang melucutkan kerakyatan mereka. Cuma melayu ni bangang sikit, di bandingkan dengan mereka yang bukan melayu. Bukan melayu, terutama bangsa Cina, mereka berhijrah tetapi tidak menyerahkan kerakyatan. Masa yang sama cuba mendapat kerakyatan atau PA di negara yang mereka hijrah. Orang Melayu seolah olah berkerat rotan.

Beberapa andaian telah dibincang dengan phenomena ini.Sebagai contoh saya nukilkan realiti yang terjadi kepada anak dan menantu sendiri. Menuntut di Adelaide, bekerja setahun dan pulang berkidmat di Malaysia pada tahun 2004. Lima orang mereka ditempatkan ke hospital Mentakab, Pahang selaku pegawai perubatan. Setelah enam bulan dan apabila hospital baru Temerloh mula beroperasi mereka semuanya ditukarkan kesana. Selepas empat bulan di Temerloh, menantu dan anak saya ditukarkan pula ke hospital Kuala Lipis. Beberapa bulan kemudian pihak pentadbiran menukarkan menantu saya ke klinik kesihatan Benta, dengan alasan suami isteri tidak digalakkan bertugas di hospital yang sama. Maka berulang aliklah si suami tiap hari. Yang menjadi masalah pada beliau bila kena giliran ‘passive on call’. Dalam masa setahun mereka di ibaratkan seperti bola. Bayangkanlah, semangat mereka berkecai di sebabkan pihak pentadbiran Kementrian Kesihatan yang tidak ada peri kemanusiaan melayani mereka sedemikian.

Satelah berkidmat selama 3 tahun masih belum disah dalam jawatan, maka dengan itu tidak layak mendapat kemudahan pinjaman beli kereta mahu pun pembelian rumah. Cuti memang cukup susah nak dapat kerana kekurangan pegawai perubatan. ’On call’ kena dua kali seminggu, elaunnya tak seberapa tetapi tugas tetap tugas. Tuntutan perjalanan jika mengikuti kursus bersamaan tambang teksi dibahagi pula empat, tak berbaloi. Senario begini memang menjejaskan semangat bekerja dengan penuh komited. Jalan mudah ialah mencari environment yang lebih appreciative.

Ada beberapa kemungkinan penghijrahan dilakukan :

1. politiking dalam organisasi yang menebal terutama kepada pegawai pegawai melayu, hinggakan tugas utama dipinggirkan dan segala kerja dibebankan kepada pegawai dan orang bawahan. Senario ini lebih parah kepada pegawai pegawai kerajaan negeri. Mereka lebih berminat untuk mendampingi VVIP dan dignitaries. Pegawai pegawai bawahan tak ambil kisah asalkan pegawai atasan appreciate kerja mereka.
2. birokerasi dalam jabatan mengecewakan pekerja professional. Pentadbiran tidak pernah ambil pusing hal hal pekerja, baik dari sudut kenaikan pangkat mahu pun hal hal harian, yang didahulukan ialah kebajikan mereka sendiri.
3. penganugerahan yang tak adil dan absurd. Sebagai contoh kalau quota ada 3 kekosongan, mereka akan penuhi juga walaupun tidak ada yang layak. Keadaan ini mengecewakan pekerja yang belum disahkan atau yang masih junior walaupun mereka pekerja cemerlang.
4. memilih bulu, sama ada kerana bangsa atau member ‘kamceng’,
5. Gaji pegawai perubatan tidak berbaloi dengan beban kerja dan tanggong jawab mereka kepada masyarakat.

Berdasarkan contoh yang disenaraikan, kebanyakan pekerja akan membuat beberapa pilihan:

1. yang ada pilihan akan merantau ke negara kegemaran,
2. kerja dengan swasta atau jadi tenaga pengajar di universiti,
3. mereka yang kurang nilai dan tidak ada pilihan akan ‘mark time’, makan gaji buta. Gulungan inilah yang bermasalah kepada rakyat, segala teguran buat pekak badak.

Demikianlah selayang pandang kisah professional melayu dan bukan melayu berhijrah selagi kebajikan mereka diabaikan.

Saturday, July 14, 2007

Tiger Yang Hilang Taring

Masa muda dulu memang kaki bola. Tiap hari tak sabar menunggu petang, hujan ke, ribut ke, padang tetap kami turun. Dalam hujan lagi best main bola. Menjelang petang member yang pegang bola bergegas dulu ke kedai basikal untuk mengepam. Bayangkanlah bola di zaman tu punya lah besar, satu setengah besar dari kepala kita, pakai tiub. Lepas masukkan angin, kena ikat pula, macam ikat tali kasut. Cuma yang expert saja dipertanggung jawab memegang bola. Bila hujan bola jadi berat dan licin kerana berlumut. Tendang tak jalan dan tangkap tak lekat. Kasut bola pula kena tempah di kedai kasut, tapaknya ya Allah! berceragah dengan paku kalau kasut tu dah lama. Kalau nak tanduk bola terpaksa pejam mata takut kut kut kena belah tali, berparut dahi.

Begitulah suasana permainan bola sepak menyebabkan semua pemain pemainnya kental dan tahan lasak. Setakat jatuh kena das (sepak kaki belakang), kami bangkit buat tak tau saja. Sakit hati tengok pemain la ni, punyalah pondan siam, jatuh sikit mengelupur macam ikan keli atas darat.


Sebelum mewakili negeri atau negara kebanyakannya telah bergelumang di peringkat kampung atau kelab. Proses nak bentuk team memang perit, semangat dan tenaga cukup kuat, cuma yang lacking ialah strategi permainan. Sekarang strategi dan latihan kuat, semangat dan tenaga pula yang kurang. Di tambah pula dengan pengambilan bermacam pil (pil kuat dan pil khayal) menyebabkan pemain sekarang jadi lembek macam sayur. Tak tau lah pula kalau kalau terjebak dengan sindiket perjudian, lagilah parah permainan mereka.Kita yang tengok ni tak tahu apa sebenarnya terjadi kepada pemain pemain, orang dalam tentu faham sangat dengan gelagat mereka.

Olih yang demikian jika nak kembalikan zaman kegemilangan bola sepak, perkara perkara berikut hendaklah ditingkatkan:

1. disiplin pemain pemain paling penting sekali. Belum menang dah berangan macam superstar, dengan rambut panjang macam pumpuan, kereta hebat macam celebrity.

2. Pertubuhan jangan libatkan orang politik atau kerabat Di Raja, susah jawatankuasa nak buat tindakan atau perubahan, dok kena kautaw dulu. Kadang kadang mereka ini dilibatkan olih kerana senang buat kerja( hitching a ride).

Thursday, July 12, 2007

Transformer - USA Propaganda

Siang tadi saya menonton filem tersebut di komplex Jayajusco Kepong. Filem ini merupakan yang terkini US mempamerkan kekuatan dan kecanggihan mereka sebagai negara yang akan menyelamatkan manusia dari kehancuran.
Dengan secara lansung ia menyampaikan message kepada dunia supaya mengikut telunjuk mereka jika mahu selamat. Filem terdahulu seperti Armageddon, The Independent Day, War of the World mempunyai message yang sama. Tak dinafikan, USA masakini adalah negara yang hebat, belum menampakkan tandingannya.

Saturday, July 7, 2007

Felda New Zealand

Kami ikuti jalan lama dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Singgah di Maran makan tengah hari, tak banyak pilihan makanan, tapi kerana tengah lapar kami bedal apa yang di sajikan. Sebelum itu kami melalui simpang jalan ke Felda New Zealand, dan anak bertanyakan bagaimana penempatan rancangan mendapat nama tersebut. Jawab tetap jawab sebagai ayah, maka terpaksalah di reka asal usulnya. Mungkin salah saorang pengasas rancangan Felda tersebut baru balik dari New Zealand atau anak penerokanya adalah graduan dari sana. Beliau tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.


Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita ‘RM 1.68 juta indahkan perkampungan Felda – TPM’ dan dimuatkan gambar menunjukkan TPM bersalaman dengan juruukur terawal pembukaan tanah Felda dari New Zealand. Maka mungkin terjawablah pertanyaan anak saya mengenai asal usul nama Felda New Zealand.

Monday, July 2, 2007

UMNO Johor - Tanya Lubuk Hati Anda

Lee Kuan Yew menyatakan kebimbangan terhadap pelaburan Singapore di IDR dan membayangkan bahawa pembangunan di kawasan tersebut tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada UMNO Johor.

Star hari ini memuatkan response Datuk Seri Najib Razak terhadap isu ini dan beliau menafikannya. DSNR telah dapat confirmation daripada Datuk Ghani Osman, Datuk Musa Hitam dan Datuk Sharir Samad, orang kuat UMNO Johor.

Pada hemat saya, sebagai bukan orang Johor, jawapan tersebut tidak mencerminkan pandangan akar umbi UMNO Johor. Lihat sajalah jawapan Tan Seri Hamid Albar, menampakkan sedikit reservation. Hishamudin nampaknya dah kurang berkokok, dan bagaimana pula dengan Datuk Rohanie Ahmad? say your heart out!!

Susah nak dibezakan diantara pandangan peribadi wakil rakyat dan pendirian keseluruhan rakyat yang diwakilinya. Kalau di USA, isu yang melibatkan rakyat, concensus rakyat diambil kira, lain pula di Malaysia wakil rakyat mendapat lesen besar bila dipilih wakil rakyat. Ikut naluri dia, kalau wakil rakyat dunggu maka dunggulah tindakan beliau, dan meranalah rakyat jelata.

Salahnya rakyat sendiri, mereka pilih parti bukan pilih wakil rakyat. Sebab itu kalau BN letak tunggul kayu sebagai calonnya, maka tunggul kayulah yang kita lihat di Parlimen, apa nak buat. Majoriti wakil rakyat bagaikan burung unta, mulut cepat meluahkan kata kata dari otak, sebab hatinya terlalu jauh kebawah.

Kalau ada yang cerdik sikit takut pula nak bersuara, tak bolih menungkah arus walaupun tak bersetuju. Itulah terjadi dalam UMNO, kata orang Utara, jadilah ‘pak pak lang’ semuanya.

UMNO Johor patut luahkan perasaan hati, tak semua tindakan orang atas itu betul. Janganlah biar nasi jadi bubur, pemimpin datang dan pergi, takut anak cucu kita yang menanggung kelak. Alasan mengatakan tindakan adalah dari suara kabinet, tak selalu bolih pakai. Lihatlah masa zaman TDM, bila dah turun takhta apa yang orang tua tu buat semua serba tak kena. Kenapa tak setuju dulu? Jaga periuk nasi konon!! Bukan demi bangsa, agama, dan negara, piraaahh... Semuanya mangkuk hayun.