Friday, November 9, 2007

Bila Kuil Dan Surau Di Robohkan.

Selepas solat magrib di surau An Nur Taman Koperasi Polis saorang sahabat dan saya beredar ke Markas Pas Taman Melewar untuk mendengar tazkirah di situ. Suasana di markas agak berbeza dengan surau yang selalu saya berjamaah: ialah pertama jemaahnya tak begitu sofisticated dan warak, tak ada yang berjubah putih segak dan berdisciplin. Kedua penceramahnya bersahaja dan lebih relek, mungkin tak ada pantang larang yang dikenakan kepadanya dan ketiga ceramahnya penuh sinis ‘can say what is right is right, what is wrong he is not saying right’. Reality!

Perkara menarik yang saya ingin kongsikan ialah bila beliau membuat komen mengenai Sami Vellu. Pada Deepavali yang lalu Sami Vellu yang tidak berpakaian traditional di temu ramah olih pengacara bangsa Melayu yang berpakaian lebih Hindu dari Sami Vellu. Pengacara bertanya Sami Vellu mengenai sambutan Deepavali. Sami Vellu menjawab yang dia tidak berapa ada mood kerana berdukacita kuil di Shah Alam telah di robohkan. Beliau seterusnya meminta mereka mereka yang hendak merobohkan kuil Hindu hendaklah bertanyakan kepadanya dahulu sebelum apa apa tindakan dibuat.

Saya tabik kepada Sami Vellu kerana beliau begitu peka dengan kuil tempat sembahyang kaum Hindu. Berbanding pula dengan Menteri Melayu dan Islam diam macam batu bila ada surau surau di robohkan olih pihak berkuasa. Tak hairan kalau Menteri Melayu tak ada telur nak bertegur sapa dengan isu ini, ni yang Mufti buat pekak badak pasai apa? Awat dia ingat kerja Mufti jadi Tok Mudin saja?

Begitulah Melayu turut sama menghina Islam. Ashik berangan jadi angkasawan dah lupa berpijak di bumi nyata.

Bangun dan sedarlah wahai Menteri Menteri Melayu yang tak munafik.

No comments: