Monday, July 16, 2007

Penghijrahan Professional Malaysia

79,199 daripada 106,000 orang ialah melayu yang tanah tumpah darah mereka sejak asal ialah Tanah Melayu atau Malaysia.

Mohd Kamil Yusof telah menggariskan beberapa sebab dalam isu semasa di Utusan Melayu versi Jawi. Sebelum itu Datuk Kadir Jasin menerusi blog juga telah menyentuh perihal penghijrahan orang Melayu dan heran dengan trend demikian.

Pada hemat saya jumlah yang berhijrah lebih tinggi berbanding dengan bilangan yang melucutkan kerakyatan mereka. Cuma melayu ni bangang sikit, di bandingkan dengan mereka yang bukan melayu. Bukan melayu, terutama bangsa Cina, mereka berhijrah tetapi tidak menyerahkan kerakyatan. Masa yang sama cuba mendapat kerakyatan atau PA di negara yang mereka hijrah. Orang Melayu seolah olah berkerat rotan.

Beberapa andaian telah dibincang dengan phenomena ini.Sebagai contoh saya nukilkan realiti yang terjadi kepada anak dan menantu sendiri. Menuntut di Adelaide, bekerja setahun dan pulang berkidmat di Malaysia pada tahun 2004. Lima orang mereka ditempatkan ke hospital Mentakab, Pahang selaku pegawai perubatan. Setelah enam bulan dan apabila hospital baru Temerloh mula beroperasi mereka semuanya ditukarkan kesana. Selepas empat bulan di Temerloh, menantu dan anak saya ditukarkan pula ke hospital Kuala Lipis. Beberapa bulan kemudian pihak pentadbiran menukarkan menantu saya ke klinik kesihatan Benta, dengan alasan suami isteri tidak digalakkan bertugas di hospital yang sama. Maka berulang aliklah si suami tiap hari. Yang menjadi masalah pada beliau bila kena giliran ‘passive on call’. Dalam masa setahun mereka di ibaratkan seperti bola. Bayangkanlah, semangat mereka berkecai di sebabkan pihak pentadbiran Kementrian Kesihatan yang tidak ada peri kemanusiaan melayani mereka sedemikian.

Satelah berkidmat selama 3 tahun masih belum disah dalam jawatan, maka dengan itu tidak layak mendapat kemudahan pinjaman beli kereta mahu pun pembelian rumah. Cuti memang cukup susah nak dapat kerana kekurangan pegawai perubatan. ’On call’ kena dua kali seminggu, elaunnya tak seberapa tetapi tugas tetap tugas. Tuntutan perjalanan jika mengikuti kursus bersamaan tambang teksi dibahagi pula empat, tak berbaloi. Senario begini memang menjejaskan semangat bekerja dengan penuh komited. Jalan mudah ialah mencari environment yang lebih appreciative.

Ada beberapa kemungkinan penghijrahan dilakukan :

1. politiking dalam organisasi yang menebal terutama kepada pegawai pegawai melayu, hinggakan tugas utama dipinggirkan dan segala kerja dibebankan kepada pegawai dan orang bawahan. Senario ini lebih parah kepada pegawai pegawai kerajaan negeri. Mereka lebih berminat untuk mendampingi VVIP dan dignitaries. Pegawai pegawai bawahan tak ambil kisah asalkan pegawai atasan appreciate kerja mereka.
2. birokerasi dalam jabatan mengecewakan pekerja professional. Pentadbiran tidak pernah ambil pusing hal hal pekerja, baik dari sudut kenaikan pangkat mahu pun hal hal harian, yang didahulukan ialah kebajikan mereka sendiri.
3. penganugerahan yang tak adil dan absurd. Sebagai contoh kalau quota ada 3 kekosongan, mereka akan penuhi juga walaupun tidak ada yang layak. Keadaan ini mengecewakan pekerja yang belum disahkan atau yang masih junior walaupun mereka pekerja cemerlang.
4. memilih bulu, sama ada kerana bangsa atau member ‘kamceng’,
5. Gaji pegawai perubatan tidak berbaloi dengan beban kerja dan tanggong jawab mereka kepada masyarakat.

Berdasarkan contoh yang disenaraikan, kebanyakan pekerja akan membuat beberapa pilihan:

1. yang ada pilihan akan merantau ke negara kegemaran,
2. kerja dengan swasta atau jadi tenaga pengajar di universiti,
3. mereka yang kurang nilai dan tidak ada pilihan akan ‘mark time’, makan gaji buta. Gulungan inilah yang bermasalah kepada rakyat, segala teguran buat pekak badak.

Demikianlah selayang pandang kisah professional melayu dan bukan melayu berhijrah selagi kebajikan mereka diabaikan.

No comments: