Pada Rabu 5/09/07 Star Metro menyiarkan ‘ What’s in a name’ membahaskan persoalan penukaran nama jalan jalan di Kuala Lumpur dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia. Satu pihak memberi pandangan ‘what’s in a name?’ dalam lain perkataan nama nama tersebut tidak perlu ditukar supaya dapat di kekalkan sejarah penamaannya.
Seperti dijangka majoriti mahu merdekakan pemikiran terhadap kesan silam penjajahan British. Olih itu mereka mahu nama nama jalan berbahasa Inggeris di kikis dari pandangan dan ingatan mereka. Kedua dua pandangan ada meritnya.
Saya berpihak kepada pandangan kedua tetapi tindakan mestilah menyeluruh kalau tidak matlamat tak akan tercapai. Bandar dan pekan yang lain daripada KL juga patut dikenakan usaha yang sama.
Jangan pula ada jalan jalan baru di bahasa Inggeriskan. Lihat saja NKVE, MRR 2, DUKE (Damansara Ulu Kelang Expressway) dan lain lain.
‘Apa ada pada nama?’ bunyi agak remeh pada kita orang tempatan. Pada pelawat dan pelancung lain pula difikirnya.
Bersangkutan dengan tanda nama jalan, teringat pula nama jalan di taman taman kediaman yang terdapat di Malaysia ini. Jalan diberi nama agar menjadi panduan kepada orang luar mencari alamat yang di tuju. Maka sepatutnya mudahkan penamaan jalan agar senang dicari pengunjung dan pelawat. Sebagai contoh jika sesuatu taman berhasrat nak guna nama bunga, maka bahagikan kepada blok, blok 1 namakan Melur dan jalan didalamnya namakan Jalan Melur 1, Melur 2 dan seterusnya, pencari bolih anticipate what comes next. Ini tidak, satu taman terdapat berbagai nama bunga, Melur, Kekwa, Orkid,dan lain lain, seksa orang mencarinya, kalau kumbang tak apa juga!
Jika orang Ipoh nak cari alamat rumah Section 22 Jln, 6/7A. Di USJ. Cari punya cari jumpalah jalan 2/7A, 3/7A...... tiba tiba Jln.6/7A hilang. Selepas dua tiga round baru jumpa, rupa rupanya jalan tu berasingan duduk sebelah dalam. Saya pasti ramai yang mengalami situasi begini.
Kalau di tempat saya, terpaksa jemput di stesyen minyak Shell Greenwood, kalau tidak depa nanti give up.
Maka jangan sekadar biarkan kepada pemaju untuk menamakan tempat dan jalan, pihak yang berwajib hendaklah memainkan peranan penting di dalam hal ini, barulah bandar kita terancang dengan sempurna. Kita ada bahagian Perancang Bandar dan Desa tetapi in reality bandar, taman dan jalan kita tidak nampak terancang langsung. Sepatutnya kita sebagai negara membangun dah sampai masa untuk kita beri priority dalam perkara perkara begini.
No comments:
Post a Comment