Mingguan Malaysia melaporkan secara rinkas komen pembesar dan peneraju haluan kanan Pemerintah mengenai Bajet 2008 di atas muka surat 2,3, dan 4. Sebelum membaca berita yang lain saya selak muka surat seterusnya kalau ada komen mereka yang berhaluan kiri pula. Memang pun tak ada lantas persoalan timbul di kepala; mengapakah arus perdana takut sangat kepada pandangan mereka yang di sebaliknya. Pembaca pembaca tak lah sebodoh yang di sangkakan!
Jangan cepat merajuk bila berpolitik- TPM
Bukan kah itu budaya Umno? Tak kan lah marhaen dibawah nak merajuk kerana tak dapat projek mengurus NCER? T shirt pada mereka bagaikan projek mega Umno, laksana saekor kucing di beri lebihan nasi dan tulang ikan, dia dah happy.
Jaga Integriti Pasukan Polis
Satu ketika saorang sahabat dan saya selepas solat maghrib membuat keputusan ke masjid yang berdekatan kerana kebetulan di surau kami hari itu tidak ada tazkirah. Rupanya yang memberi tazkirah di surau tersebut ialah anakanda sulung sahabat saya. Maka bertanyalah apa perasaan beliau mendengar sharahan tersebut; aku rasa janggal sikit.
Begitulah ibarat perasaan bila membaca wawancara pemberita dengan bekas KPN Tan sri Abdul Rahim Noor, tambahan pula beliau bukannya Mr. Clean.
Lelaki 70 tahun kawin wanita 39 tahun
Diharap Mingguan Malaysia dapat siarkan contact number lelaki tersebut kepada mereka yang menghadapi ‘erectile dysfunction problem’. It will be a great favour.
Sains angkasa tingkat imej negara
Baru baru saya ke khenduri kawin sempat juga berborak dengan beberapa kawan kawan yang datang. Saorang Lieutenant Colonel(B) bercerita bagaimana tak semena mena Malaysia mendapat peluang mengikuti misi ke angkasa lepas. Beliau mengatakan bahawa itu adalah package deal yang kita dapat bila Negara membeli peralatan perang dari Rusia. Sangkakan Malaysia bolih!
No comments:
Post a Comment