A. Yang beriman
- Niat berpuasa
- Bangun bersahur
- Puasa di siang hari daripada perkara perkara yang terlarang
- Buka puasa
- Solat terawih
- Solat tengah malam.
- Tempa baju raya untuk anak anak dan isteri. Diri sendiri pakai selepar dan kain pelekat baru cukup.
B. Orang kebanyakan
- Niat berpuasa
- Bersahur sebelum tidur
- Biasalah puasa di siang hari (penuhkan masa dengan tidur, menonton wayang, jalan jalan pasar Ramadhan)
- Buka puasa kadar melepaskan geram siang hari
- Solat terawih 3 minggu yang pertama dan cari masjid yang buat express.
- Tempa baju kurung/melayu fesyen terkini, jika bolih jenis dan warna yang itu sahaja dalam dunia ini.
C. Suri rumah tangga
- Tempa kuih hari raya yang gurantee sedap, mahal tak kisah.
- Langsir dan tikar getah/carpet baru
- Sahur saja left over buka puasa, cuma masak nasi dan telur masin atau ikan kering
- Solat terawih off & on bila ditanya katakan terawih di rumah
- Buat keputusan awal nak raya di mana?
- Pakaian raya dah siap beli sebelum puasa lagi.
D. Peniaga ( pasar ramadhan, tukang baju, dan tukang buat kuih raya )
- Tempa lot perniagaan dengan Bandaraya,
- Ambil tempahan baju raya dan kuih raya setakat terdaya
- Siapkan modal
- Cari pembantu
- Modify kereta nak bawa jualan ke pasar ramadhan
- Buka puasa belambak di pasar ramadhan. Tukang jahit dan tukang buat kuih masih selesa berbuka.
- Sahur makan apa yang ada atau makan kuih raya yang reject.
- Solat terawih? Tengoklah jika sempat.
E. Orang kaya dan ternama
- Siap cuti keluar negeri
- Atau medikal treatment di negara Mat Saleh.
- Puasa, sahur dan solat terawih, kira musafir sajalah.
SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
No comments:
Post a Comment