Tuesday, September 4, 2007

Konsert Pop 60 an Mengecewakan

Ahad lalu saya terlihat program kegemaran isteri iaitu Melodi. Pengacara menemuramah penganjur konsert pop 60 an yang di adakan di Shah Alam. Mereka target 16,000 ticket untuk di jual tapi yang hadir hanya lebih kurang 2000 orang pengunjung sahaja. Rugi besar dan bila di ajukan sebabnya penganjur menyatakan promotion tidak aggressive. Mengapa bila konsert Gwen Stefani walaupun tiketnya mahal masih ramai penonton membanjiri konsert tersebut dan begitu juga bila artis Indonesia membuat pertunjukan sambutannya sangat meriah sekali. Datuk A Rahman Hasan dan Datuk Aziz Sattar turut memberi komen sambil berkata bahawa mereka tidak akan patah semangat.

Saya turut rasa sedih kerana lagu lagu pop 60 an ini merupakan lagu lagu zaman saya. Masih lagi terkenang kawan (sekarang ini berjawatan Datuk Timbalan Speaker Negeri Kedah) dan saya nyaris di pijak penonton penonton yang datang menyaksikan konsert A Ramli di Stadium Darul Aman di Alor Star pada tahun 1968 atau 1969, saya pun dah tidak berapa ingat. Begitulah minat dan sambutan yang di berikan kepada angkatan penyanyi penyanyi di era tersebut.

Sekarang ini masih lagi sesekali dengar di Stesyen Klasik FM, itu pun ketika berdua dengan mem, kalau anak anak ikut sama nanti depa terus tukar stesyen, depa kata mengantuk la, terlalu jiwang la, maklumlah bukan kena dengan wavelength mereka.

Begitulah agaknya bila geng penyanyi veteran nak tonjolkan semula zaman kegemilangan mereka, sambutan amat mengecewakan.

Bukannya apa, yang masih minat mendengar ialah geng geng yang dah pencen, manalah kami laghat nak pi tengok consert consert ini, kebanyakan kami dah menjadi pengunjung tetap surau dan masjid. Remaja sekarang macam kata tadilah, bukan era mereka lagi, lagu lagu mendayu dayu menyeramkan tengkuk mereka, bukannya depa appreciate, kutuk lagi adalah.

Pada pandangan saya tak payahlah dok berkonsert konsert lagi, kalau gian sangat bila ada jemputan pi lah perform. Se elok eloknya tinggalkan aktiviti aktiviti kita masa muda muda dulu, beri panduan kepada generasi sekarang pula, dan selebihnya masa banyakan beribadah kepada Tuhan. Bak kata ustaz; rumah suruh pergi, kubur dok panggil mai.

No comments: