Tuesday, September 30, 2008

BARU TAHU KENAPA PAKATAN RAKYAT GAGAL.

Selepas zohor di bulan puasa ini saya kerap tidur sebelum tiba waktu asar. Bagaimana pun hari ni kerana esok sambut aidul fitri saya cekangkan mata untuk membaca beberapa blog kegemaran. Bila terbaca blog Tulang Besi melalui Malaysia Waves dalam tajuk ‘Benarkah majlis syura Pas pusat menyokong perbincangan dengan Umno?, barulah saya fahami kegagalan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Malaysia.

Cabar mencabar Pak Lah dan Anwar rupanya didalangi oleh kumpulan fraksi Umno di kalangan keseluruhan ahli dan penyokong Pas. Itu sebabanya Anwar tidak berapa yakin nak bertindak mengambil alih kerajaan dari Pak Lah kerana Pak Lah mendapat suntikan tenaga dari kumpulan fraksi Umno.

Kalau beginilah gayanya hasrat PR tidak kesampaian kecuali;

1. menambah jumlah ahli MP yang diajak melompat,

2. Pas kena singkirkan geng fraksi Umno,

3. tunggu saja PRU 13.

Jika geng fraksi Umno dapat mempengaruhi ahli dan pucuk pimpinan Pas, besar kemungkinan PR akan terpaksa menyerah kembali kerajaan negeri Perak dan Selangor kepada BN.

Nyata sekali pakatan PR tersangatlah rapuh.

Untuk menghadapi PRU 13, Anwar mesti wujudkan pakatan yang kukuh seperti konsep kesepakatan BN, satu manifesto dan satu lambang. Kalau tidak ia akan terborai seperti sekarang.

Pada pandangan saya jika Pas kembali bersekongkol dengan Umno, perjuangan mereka tidak kemana, ‘back to square one’. Malahan ia akan lebih merosot kerana;

1. hilang undi bukan melayu,

2. kena main belakang sekali lagi oleh Umno.

Sampai tua perjuangan Pas akan jadi seperti ‘anjing menyalak bukit’.

Monday, September 22, 2008

13th Oktober: Hari Keramat.

Jika di andaikan mahkamah memihak kepada Anwar dengan keputusan tidak memindahkan case beliau ke mahkamah tinggi, maka Anwar akan meneruskan undi tidak percaya terhadap Pak Lah bila Dewan bersidang kembali.

Dengan mempunyai majority MP, pentadbiran Pak Lah akan kecundang dan akhirnya cita cita kebanyakan rakyat akan tercapai. Pakatan Rakyat dengan Anwar sebagai PM akan ke Putrajaya.

Pak Lah ‘by hook or by crook’ akan menyekat Anwar pada 24th September ini.

24th September – Checkmate Anwar!

A court will hear whether Ghani Patail’s instruction to move Anwar’s sodomy case to higher court will go through.

Pak Lah and the AG will make sure high court withdraw Anwar’s bail and let him spend temporarily in jail until his case is heard.

Pakatan had to find a replacement as PM in waiting. Could it be Hj. Hadi?

Time would tell.

MCA tidak terburu-buru keluar BN

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: MCA tidak bersikap terburu-buru mengambil keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN), walaupun beberapa pemimpin masyarakat Cina cenderung untuk berfikir ke arah itu.

Naib Presidennya, Datuk Donald Lim Siang Chai, sebaliknya berkata sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN, MCA perlu melihat senario politik semasa secara lebih meluas dan matang menghadapi dugaan.

“Kita tidak seharusnya terfikir untuk meninggalkan gabungan itu semata-mata kerana ada ahli marah kepada seorang dua individu dalam BN, tetapi sebaliknya perlu melihat kepada kesan jangka panjang jika mereka berbuat demikian.

Jangan tunggu lama lama …. Nanti tak di undi orangggg….

OUR ‘LATUK’ WHACKED IN 40 MINUTES.

Its weird to hear Fly-fm dj mentioned Dato’Lee Chong Wei lost to Indonesian in a bit for Japanese Open. “Lee Chong Wai lost the game to Indonesian” sounds better.

Probably Chong Wei had already reached the climax. ‘Latuk’ comes together with comfortable pension scheme. It will take 200 years working with the gomen for me to get to that, or never will!!

Wednesday, September 17, 2008

KEMENANGAN BERPIHAK HARUN TAIB.

Berita mengenai Harun Taib kekal kemenangannya mengembirakan Pas. Tuduhan rasuah semasa PRU 12 tidak ada asas maka petition wakil BN di tolak.

Dua tiga hari lepas Pak Lah ada berkunjung ke Trengganu atas alasan alasan tertentu.

Kebetulan pula Harun Taib ini di sabitkan dengan kumpulan dalam Pas yang memihak untuk bersekongkol dengan Umno. Ada tangan tangan ajaib ka?

Bakaq Penarik beca tentu ada komen menarik!

Sekadar mushkil sahaja.

MUSLIHAT CHEDET.

Chedet belum tetapkan lagi cawangan atau bahagian Umno mana nak mendaftar jadi ahli semula. Begitulah anaknya Mukriz menyatakan dalam berita tengah hari tv tadi.

TDM memang sedang sebuk dengan perancangan ‘dream team’ beliau untuk menghadapi kempen peringkat cawangan dan bahagian Umno Oktober ini. Kita sedia maklum chedet ada regu sabungnya sendiri iaitu anak raja Kelantan dan anak ulama dari Johor.

Boleh percaya ka ni. Cuba baca blog MSO, analisis beliau masuk kepala hotak juga.

Fikir fikirkan faktor berikut;

1. Najib ‘blue- eye boy’ chedet,

2. chedet keluaq kerana meluat dengan Pak Lah,

3. chedet marahkan Najib kerana tak dak teloq lawan Pak Lah,

Bermacam helah chedet rancang mahukan Najib ‘head on’ dengan Pak Lah, tetapi Najib masih berdegil.

Last sekali chedet guna tektik budak budak. Buat buat sokong Tengku Li dan Muhyiddin. Apa lagi menggelabah Najib, terus tunjuk yang dia dah mula ada satu teloq. Kali ni Pak Lah pula yang kalut kerana Najib dah buang tabiat.

Pendekan cerita;

1. chedet senyum lebar perangkapnya mengena,

2. Tengku Li sampai ke tua kena main dengan chedet,

3. Pak Lah dan Najib masih kekal dengan jawatan masing masing dalam Umno SAHAJA,

4. chedet bermuram semula mengenangkan beliau kena ke Zimbabwe dan tak sempat mengetahui permohonan jadi ahli Umno semula diterima atau tidak, sebab Anwar dengan mengejut jadi PM.

Gasak kau oranglah kalau tak masuk akal!!