Selepas zohor di bulan puasa ini saya kerap tidur sebelum tiba waktu asar. Bagaimana pun hari ni kerana esok sambut aidul fitri saya cekangkan mata untuk membaca beberapa blog kegemaran. Bila terbaca blog Tulang Besi melalui Malaysia Waves dalam tajuk ‘Benarkah majlis syura Pas pusat menyokong perbincangan dengan Umno?, barulah saya fahami kegagalan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Malaysia.
Cabar mencabar Pak Lah dan Anwar rupanya didalangi oleh kumpulan fraksi Umno di kalangan keseluruhan ahli dan penyokong Pas. Itu sebabanya Anwar tidak berapa yakin nak bertindak mengambil alih kerajaan dari Pak Lah kerana Pak Lah mendapat suntikan tenaga dari kumpulan fraksi Umno.
Kalau beginilah gayanya hasrat PR tidak kesampaian kecuali;
1. menambah jumlah ahli MP yang diajak melompat,
2. Pas kena singkirkan geng fraksi Umno,
3. tunggu saja PRU 13.
Jika geng fraksi Umno dapat mempengaruhi ahli dan pucuk pimpinan Pas, besar kemungkinan PR akan terpaksa menyerah kembali kerajaan negeri Perak dan Selangor kepada BN.
Nyata sekali pakatan PR tersangatlah rapuh.
Untuk menghadapi PRU 13, Anwar mesti wujudkan pakatan yang kukuh seperti konsep kesepakatan BN, satu manifesto dan satu lambang. Kalau tidak ia akan terborai seperti sekarang.
Pada pandangan saya jika Pas kembali bersekongkol dengan Umno, perjuangan mereka tidak kemana, ‘back to square one’. Malahan ia akan lebih merosot kerana;
1. hilang undi bukan melayu,
2. kena main belakang sekali lagi oleh Umno.
Sampai tua perjuangan Pas akan jadi seperti ‘anjing menyalak bukit’.
No comments:
Post a Comment