Wednesday, September 17, 2008

MUSLIHAT CHEDET.

Chedet belum tetapkan lagi cawangan atau bahagian Umno mana nak mendaftar jadi ahli semula. Begitulah anaknya Mukriz menyatakan dalam berita tengah hari tv tadi.

TDM memang sedang sebuk dengan perancangan ‘dream team’ beliau untuk menghadapi kempen peringkat cawangan dan bahagian Umno Oktober ini. Kita sedia maklum chedet ada regu sabungnya sendiri iaitu anak raja Kelantan dan anak ulama dari Johor.

Boleh percaya ka ni. Cuba baca blog MSO, analisis beliau masuk kepala hotak juga.

Fikir fikirkan faktor berikut;

1. Najib ‘blue- eye boy’ chedet,

2. chedet keluaq kerana meluat dengan Pak Lah,

3. chedet marahkan Najib kerana tak dak teloq lawan Pak Lah,

Bermacam helah chedet rancang mahukan Najib ‘head on’ dengan Pak Lah, tetapi Najib masih berdegil.

Last sekali chedet guna tektik budak budak. Buat buat sokong Tengku Li dan Muhyiddin. Apa lagi menggelabah Najib, terus tunjuk yang dia dah mula ada satu teloq. Kali ni Pak Lah pula yang kalut kerana Najib dah buang tabiat.

Pendekan cerita;

1. chedet senyum lebar perangkapnya mengena,

2. Tengku Li sampai ke tua kena main dengan chedet,

3. Pak Lah dan Najib masih kekal dengan jawatan masing masing dalam Umno SAHAJA,

4. chedet bermuram semula mengenangkan beliau kena ke Zimbabwe dan tak sempat mengetahui permohonan jadi ahli Umno semula diterima atau tidak, sebab Anwar dengan mengejut jadi PM.

Gasak kau oranglah kalau tak masuk akal!!

No comments: