Wednesday, September 17, 2008

DSAI MEMANG SERIUS.

Sungguh hebat perdebatan sama ada Pakatan Rakyat dan DSAI betul betul serius mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. DSAI nampak consistent dengan misinya menyebabkan BN, walaupun tidak percaya, tetapi amat gusar.

Saban hari menghabiskan masa ‘browsing’ blog blog pro BN dan pro PR dan kesimpulan masing masing ada hujah. Maka terpinga pingalah semuanya tidak tahu hendak percaya atau tidak.

Maka terpaksalah buat andaian dan analisis sendiri dengan berpandukan infomasi dan maklumat yang terdapat dari surat khabar dan blog. Tidak berniat saya menghuraikan faktor faktor tersebut, sendiri boleh fikir!

Ikut akal bertanyalah kita apakah sebab musabab yang DSAI dari selepas PRU 12 lagi menyatakan strategi mengambil alih pemerintahan dari BN? Buat diam diam dan serang dengan mengejut kan lebeh berkesan. Kenyataan beliau banyak mengundang musibah;

1. isu liwatnya dipertaruhkan,

2. ikat jamin mungkin ditarik,

3. ISA dikenakan kepada ahli PR dan beliau,

4. suasana negara kucar kacir.

Tiga perkara diatas memang kuasa mutlak pemerintah bertindak. Tidak logik jika beliau berniat hendak berpura pura, dengan mempertaruhi element element diatas. DSAI mesti ada substance dan keyakinan tinggi, kerana bukan sehari dua beliau berpolitik.

Kita menidakkan kerana tidak ada asas kukuh, hanya berpandukan andaian dan bukti kegagalan 916. Kita berharap supaya beliau kotakan secepat mungkin kalau betul serius, tetapi gagal melihat strategi rancangan beliau.

Terkini, kenapa tidak saja dimaklumkan nama nama MP BN yang dikatakan bersetuju berhijrah ke PR, seperti mana soalan Pak Lah kepada Anwar? Mungkin DSAI risau Pak Lah akan bertindak terhadap mereka terlebeh dahulu. Agaknya mungkin strategi rancangan, biar lambat sikit asal tak kena hijack.

Pandangan saya DSAI dan PR memang serius. Bukanlah beliau sebodoh yang pro BN sangkakan.

No comments: