Tuesday, May 10, 2022

 

DOWN THE MEMORY LANE.

( 10/05/22 )

 

4. Lasak.

 

Sebelum wujud jalan bertar, pekan Kota Sarang Semut ke Kuala Sala dihubungi dengan batas ‘ban’. Kiri kanan jalan dipenuhi alor, disinilah tempat mata pencarian nenek. Pagi dia akan mengail ikan puyu dan petang akan ‘mengayam atap nipah’ atau ‘siat menerung’ untuk di buat tali bila dikeringkan. Akulah menjadi mangsa turun dalam aloq mengerat menerung.

 

Punya ‘hantu’ masa kecik kepala besa ditetak dengan parang buruk olih kawan sepermainan, tapak kaki luka terpijak pot susu ( umur dah nak habih parut masih terang terbentang ). Peliknya tak payah pi klinik pun depa nanti lumuq dengan kopi untuk hentikan pendarahan, cukup mustajab.

 

Masa dulu cukup hebat bila lari ‘ligan ligan’ macam lipas kudung. Aktiviti lain main tembak tembak dengan senapang papan. Bemban nenek menjadi peluru, kena mengeliat, tak teriak tapi taram gila.

Poket seluaq sentiasa berlubang sebab ditebuk paku gasing jadi bila ada duit sikit kami ikat dalam poket dengan getah, rongkai bila nak guna beli ‘ice cream tikam’ atau kacang putih.

 

Satu lagi aktiviti ialah kutip kotak rokok ( pelbagai brand RR paling kecik nilainya, Craven A paling top ) atau tiket bas, getah dan main guli kaca. Panjang nak cerita macam mana kami main.

 

Sungguh nostalgik…..

No comments: