MUSIBAH
Assalammualaikum WBT.
Saat di timpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan, kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi, fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan sampai satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu.
Saorang ustad bermotor ke surau untuk solat magrib. Malang tidak berbau, lintas saekor biawak dihadapannya, dia mengelak lalu motor dan dia terhumban ke longkang. Kakinya patah terlantar di hospital maka ramai kenalan menziarahinya, ada sesetengah mengucapkan; ‘ ustad ini kafarah ustad membuang dosa‘. Dalam hatinya cukup main marah; ‘Aku tahulah aku ustad, kafarah tidak semestinya membuang dosa walaupun aku tidak maksum’.
Dalam Islam takdir dari Allah Taala tidak dapat tidak, wajib di imani. Kemungkinan musibah terjadi olih sebab:-
- Allah memperingati kita, maka hendaklah kita mengambil iktibar,
- Allah hendak menaikkan darjat kita maka Dia mahukan kita bersabar
- Allah sayangkan kita maka diberinya ujian yang termampu kita menempuhinya.
- Kemurkaan Allah kerana tangan2 manusia sendiri
- Tidak prehatin terhadap nikmat yg dianugerah Allah Taala.
Walaupun disana Allah menyatakan:
“ RahmatKu mengatasi kemurkaanKu “
Tetapi manusia selalu saja tidak prehatin akan rahmat Allah.
Bila umat manusia membuat beberapa perkara maka terbukalah baginya bala atau musibah, diantaranya;
- Apabila harta negara tertumpu kepada satu golongan saja,
- Amanah dianggap peluang untuk mendapatkan harta,
- Membayar zakat dianggap rugi,
- Orang lelaki taat pada isterinya tetapi derhaka kepada ibunya,
- Memuliakan kawan dan menjauhkan bapa kerana memandang hina terhadap bapanya.
- Diangkat suara hingar bingar didalam masjid,
- Yang jadi pemimpin adalah orang yg hina dan jahat
- Sesaorang dimuliakan kerana kejahatannya bukan kerana ketakwaannya,
- Ramai orang minum arak,
- Ramai lelaki memakai sutra,
- Ramai perempuan menyanyi bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan mengutamakan alat music,
- Orang2 akhir zaman melaknat orang2 yg dahulu dari mereka,
Maka bersangka baiklah dengan takdir yang ditentukan kepada kita.
Wallahu’allam.
No comments:
Post a Comment