Wednesday, March 19, 2008

Senarai Kabinet Pak Lah - Retak Mencari Belah.

Retak perbalahan dalam BN bermula dari pencalunan didalam PRU 12 yang lalu. Selepas keputusan mengejut, ianya menjadi retak seribu. Maka bermulalah suara suara, menyanggah presidennya. Episod terakhir ialah surat Mukriz meminta Pak Lah berundur.

Keadaan menjadi rumit bila calon Menteri Besar di peringkat negeri tidak mendapat persetujuan sepenuhnya. Ia menjadi parah bila pihak istana menyebelahi majority rakyat. Pak Lah sudah jadi goyah. Cakap dan arahannya telah tidak di indahkan.

Pak Lah tentu sudah mengetahui bahawa kedudukannya sudah rapuh, sepatutnya beliau perlu mengukuhkan benteng pertahanannya. Lojiknya bila diri sudah dalam keaadaan lemah, kuatkan lagi bala tentera dan peralatan perang untuk bersiap sedia menyerang.

Tetapi semasa menyeneraikan barisan cabinet, Pak Lah mengambil langkah untuk kurangkan hulubalang dikelilingnya dan mengenepikan juak juak veteran lama. Jika kerajaan BR di peringkat negeri berbuat demikian mungkin kerana hendak mengurangkan ‘overhead cost’.

Ketua yang angkuh dan arrogant sahaja yang berani bertindak demikian.

Sekarang lihat apa dah jadi, sebelum angkat sumpah sudah ada yang berani menolak jawatan Timbalan Menteri, belum terfikir selama ini perkara ini akan berlaku. Jangankan jawatan Timbalan Menteri, kerusi Timbalan Ketua Bahagian pun orang Umno sanggup ‘bergadai bergolok’.

Yang terakhir berlaku ialah perletakan jawatan Radzi Sheikh Ahmad dan ini pasti akan merebak laksana sel barah dalam saluran darah.

Beberapa scenario mungkin berlaku sama ada majority ahli Umno akan menyokong tindakan Mukriz atau MP yang terlalu kecewa melompat ke BR. Ketika itu nasi sudah jadi bubur.

No comments: