Ketika ini AAB cukup gelabah. Apa tidaknya dengan beberapa isu yang masih belum selesai selepas dikejutkan olih rakyat. Walaupun masih bolih memerintah ia hanya dengan ihsan rakyat Sabah dan Serawak.
Isu perlantikan Menteri Besar harus difikirkan dengan tenang kerana berurusan dengan Raja dan Sultan. Umno tidak mahu dilihat menderhaka dan firasat saya Umno tidak banyak pilihan kecuali mempersetujui kehendak istana. Tugas Najib sangat rumit untuk menongkah arus istana. Pandangan saya keputusan yang dibuat olih Raja adalah diatas nasihat orang Umno tempatan sendiri, tidak mungkin pihak istana ikut berpolitik. Kemelut Umno bermula dari penamaan calon lagi semasa PRU 12 yang lepas. Masing masing mempengaruhi pihak atasan dengan berbagai rancangan, tapi apakan daya rancanganNya lagi berkuasa.
Di susuli pula dengan tindakan Mukriz menyatakan dengan halus supaya AAB mengambil tanggong jawab terhadap kekalahan Umno. Seperti parti komponen yang lain, presiden presiden mereka bertindak untuk berundur dengan aktif kerana kekalahan PRU 12. Kali ini Kerishamudin ditugaskan untuk mengambil tindakan susulan terhadap Mukriz. Pak Lah tahu stratergi untuk memecah belahkan pakatan mereka, pening juga kepala Kerishamudin.
Walaupun isu isu tersebut diagihkan kepada hulubalangnya, Pak Lah masih belum bolih mengambil ‘siesta’. Penamaan calon kabinet merupakan agenda yang terpenting, kerana ini akan memberi kesan survival Pak Lah menerajui Umno. Mesyuarat agong Umno nanti akan menjadi penentu kesinambungan kepimpinan beliau.
Pak Lah tidak berani mengambil langkah drastik mengenepikan juak juak veteran kerana networking mereka akan menjadi penyelamat beliau. Walaupun rakyat berpandangan orang orang lama tak sepatutnya dikekalkan kerana sudah hilang seri dan tenaga, tapi pada Pak Lah mereka menjadi allynya.
Perihal anak menantu, Pak Lah mungkin tidak akan mengambil risiko memilih beliau kedalam kabinet, buat masa sekarang biarlah dia duduk di kitchen cabinet dulu. TDM menuduh angkara KJ lah parti LKY dan MIC kecundang.
Begitu juga dengan Mukriz beliau akan diketepikan, silap hari bulan sejarah berulang seperti mamakanda beliau, di pecat.
Olih yang demikian kita tidak mungkin melihat muka muka baru muncul dalam kabinet. Yang kecundang dan yang masih disayangi akan diundang ke kabinet menerusi lantikan sebagai senator dahulu.
Bila dah selesai baru bolih tidur sekejap dalam jet yang dah lama tak warm up .
Maaflah, ini analisis politik kedai kopi, mai secawan!!!
No comments:
Post a Comment