Thursday, June 21, 2007

Sepuluh Tanah Hutan Untuk Kau, Satu Tanah Pekan Untuk Aku

Pertama kali berita mengenai isu lokasi Universiti Malaya nak ditukarkan ke Sepang ialah melalui blog YB.Ron (13 Jun 07). Semenjak itu berdentam dentum komen diberikan olih berbagai pihak, hingga PM sendiri telah memberi penyataan bahawa ia tidak mengetahui langsung dengan perkara itu dan memberi jaminan bahawa tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Yang mengherankan, tidak ada langsung khabar berita olih pihak yang membuat cadangan. Nampaknya isu ini telah tutup fail, dan berita terkini dibuat olih Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ong Tee Kiat, mengatakan isu tersebut hanyalah khabar angin.

Memang sungguh pelek, bayangkan pembesar pembesar kita bertegang leher mempertahankannya, tiba tiba dikatakan khabar angin. ZAM kata jangan layan khabar angin, apa dah jadi? Nasib baik YB. Ron tak kena apa apa tindakan.

Cerita ‘land swapping’ untuk pembangunan ini memang popular di era TDM kerana ekonomi Malaysia tengah rancak masa itu. Kilang kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tumbuh bagai cendawan memberi perkidmatan kepada ‘anchor company’ seperti Sharp Roxy dan Sony. Begitu juga serentak dengan pertumbuhan padang golf, 'vanue' untuk pemilik IKS melobi. Saya juga turut memainkan peranan ketika itu di Sungai Petani pekan kedua terbesar di Kedah Darul Aman.

Sebagai contoh pembangunan kawasan PDRM berhadapan masjid baru dalam bandar Sungai Petani akan diusahakan jika tanah dan kawasan PDRM berhadapan Taman Ria di Sungai Petani di persetujui untuk pembangunan kediaman orang awam dan Pusat PDRM yang baru. Pendekkan cerita, PDRM dapat Pusat baru, member pun dah untung besar, malangnya kawasan PDRM di tengah bandar masih terbengkalai. Tak tahu apa ceritanya.

Begitulah putar belit manusia kerana keuntungan, sengaja berselindung diatas nama pembangunan.

No comments: