Pagi tadi ke kedai beli ikan untuk di masak hari ini. Saperti biasa isteri yang sebuk memilih kerana dia yang nak masak, kita ni lantak saja apa yang di hidang. Cuma sekali sekala dia bertanya kita; ‘abang nak makan apa hari ini?’ dah tahu dia kebuntuan menu. Susah juga jadi tukang masak, kadang kadang sebelum nak lena malam kita lihat orang rumah diam seketika saolah olah sedang berkayal; ‘apa yang awak angan angan tu?’ I dok pikiaq apa nak masak esok’ jawab dia selamba.
Jadi sementara isteri membeli saya pun berlegar legar depan kedai mamak roti canai sambil membelek belek muka depan surat surat khabar yang dipamer untuk jualan. Di berita utama Utusan Malaysia terpangpang “Petronas untung RM76b” sehingga Mac 2007. Gaya nak baca barisan seterusnya terdengar sekumpulan peniaga pasar bertekak:
Si A : Piraaah! Aku pun bolih buat,
Si B : Hang juai telekung pun tak laku, bolih buat konon.
Si A : Macam mana tak untung, minyak bukan kena beli, tuhan bagi free saja.
Lain lah aku, kain kena beli baru bolih meniaga. Depa cuma urus saja.
Aku pun bolih buat,mungkin untung tak sampai banyak tu.
Kalau dia kata dia tera mai suruh dia juai kain disini!!
Geli hati melihat telatah mereka, tapi ada juga kebenaran yang mereka perkatakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment