Semenjak kenaikan gaji, mereka yang bukan kakitangan kerajaan bersungut sama ada mengenai kenaikan harga barang runcik atau pun dengan prestasi kerja kakitangan kerajaan itu sendiri. Isu ini memang dijangka kerajaan tiap kali ada pelarasan gaji, dan kerajaan tidak pernah ambil pusing dengan rungutan ini. Mungkin ramai akan bertanya kenapa begitu! Ingin saya mengemukakan pandangan dan sebagai pendapat mungkin di persetujui atau pun tidak. Walau bagaimana pun sama samalah kita renungkan.
Pertama
Jumlah kakitangan kerajaan masakini ialah 1.2 juta, mungkin jumlah ini termasuk pesara. Sebagai andaian tiap tiapseorang kakitangan purata terlibat terus dengan 5 orang kaum keluarga dan 5 orang kenalan dewasa yang layak mengundi. Jika 80 peratus sahaja menyokong kerajaan bermakna jumlah pengundi untuk pemerintah senang senang berjumlah 9 juta. Tak tahu lah saya jumlah penduduk Malaysia yang layak mengundi, apa kira separuh dah masuk dalam ‘kocek’ pemerintah.
Kedua
Lazim yang dok bising sangat kebanyakan dari bandar yang kerajaan dah tahu mereka bukan penyokong pemerintah. Maka tak berfaedah dilayan, mereka ini apa pun kerajaan buat semuanya tak kena, lihat sajalah blog blog yang ada terutama uncle Lim. Asyik menghentam, pada kerajaan mereka ini kaedahnya macam ‘anjin menyalak bukit’. Selagi kakitangan kerajaan dan suku sakat di luar bandar dijaga, pemerintah tidak akan dapat digulingkan.
Ketiga
Sebagai pesara, kami dah tahu benar bila Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan. Bajet pengurusan telah siang siang diambil kira untuk tujuan PRU. Enam bulan sebelum semua jabatan dah mulakan program program yang bersangkutan dengan rakyat. Maka aktiviti pemberian anak ayam, anak itik, pelepasan benih ikan/udang, kebun contoh, pemberian wang penukaran tanaman, mesin jahit baju, mesin buat kuih tradisional dan sebagainya khusus untuk Ahli Dewan Undangan Negeri. Dengan lain perkataan jabatan jabatan adalah dengan secara tak langsung menjadi jentera kerajaan untuk menjayakan kerajaan dalam PRU.
Kerajaan ketahui dakyah dakyah olih pembangkang atau penulis/pemblog tidak akan menggugat kestabilan kerajaan.
No comments:
Post a Comment