Friday, March 14, 2008

Terhakisnya Budaya 'Pak Turut'

Pihak rakyat telah menunjukan sikap muak dengan kerajaan BN maka di terjemahkan dengan memberi kemenangan kepada 5 buah negeri yang dulu dikuasainya. Orang Melayu tidak turut lagi ‘rhetoric’ pemimpin pemimpin Umno.

Sekarang sudah pula berjangkit kepada raja raja, tidak lagi ingin jadi ‘pak turut’. Lihat sahaja kepada Sultan Perak dan Selangor, mereka masing masing menunjukan perihatin akan calon Memanda Menteri. Berbagai sharat di kenakan sebelum baginda sultan mempersetujuinya.Begitu juga Raja Perlis, tidak sebulu dengan orang yang di calonkan olih Kerajaan Pusat, Baginda memilih orang yang dianggap ada ketokohan sebagai Menteri Besarnya.

Episod yang sama berlaku dengan Kerajaan Trengganu, hingga ke saat ini belum melantik Memanda Menterinya. Sultan tidak perkenan dengan Idris Jusuh atas sebab sebab tertentu walaupun di persetujui Kerajaan Pusat.

Sultan Pahang, Negeri Sembilan dan Johor terkecuali kerana mereka memang orang Umno.

Rakyat beserta sultan sultannya sudah tidak mahu jadi ‘pak turut’.


Yang lebih parah lagi, orang orang Umno sendiri sekarang sudah mula bersuara tidak mahu lagi menurut Presiden nya. Kita lihat perkembangan sehari dua lagi.

No comments: