Thursday, July 9, 2015
PENGIKUT JADI SERBA SALAH.
Saturday, May 11, 2013
Wednesday, May 8, 2013
Monday, November 16, 2009
SALAM 1 MALAYSIA.
Di maklumkan bahawa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mempunyai banyak pintu keluar masuk di sekeliling masjid. Diantaranya terdapat satu pintu yang digemari Rasulallah saw. melaluinya dan dinamakan pintu tersebut Babul Salam.
Salam juga adalah diantara nama nama Allah yang baik. As Salam juga merupakan salah satu nama shurga Allah dan begitulah bila kita berwirid selepas solat memohon supaya kita di anugerah shurga As Salam.
Agama Buddha dinamakan sempena pengasasnya Gautama Buddha, Al Qardiani pula dinamakan sempena nama tempat manakala Islam dinamai sempena salah satu nama Allah iaitu As Salam.
Maka Salam ini adalah kalimah yang hebat dan istimewa kepada umat Islam.
Tidak heranlah kita terkedu bila RTM menyebut Salam 1 Malaysia tatkala juruhebahnya hendak membaca berita.
Seharuslah kita cemburu agar nama Allah tidak sewenang wenangnya dikembarkan sembarangan dengan yang lain. Tindakan ini menyesatkan.
Saturday, November 14, 2009
PENGARAH JAIS: RUGI.
Nazir dan jawatankuasanya dirombak laksana suri rumah menukar langsir bila menjelang Edul Fitri. Majoriti makmum berasa puas kerana penceramah yang diminati tidak lagi di kenakan beberapa syarat, hinggakan surau surau berdekatan dalam pantauan JAWI merasa cemburu.
Malang sekali makmum kecewa seminggu dua ini angkara tindakan JAIS yang mula menguatkuasakan kembali tauliah sebagai syarat untuk berceramah.
Rasullah saw pernah dihalang untuk berceramah dan bersembahyang didalam masjid oleh puak puak Quraish. Perkara ini berulang di zaman kini walaupun di beri alasan yang canggih untuk tidak membenarkannya. Allah tidak memberi pengampunan puak puak munafik ini kerana mereka menjadi kufur selepas beriman.Kejahatan mereka lebih teruk dari puak jahiliah satelah mereka kenali Allah.
Peliknya ramai ustaz ustaz mengadu bahawa permohonan untuk berceramah di Selangor tidak mendapat layanan dari JAIS. Ada yang memohon sehingga 6 kali masih belum diberi jawapan. Ada ustaz mengadu walaupun berkelulusan PhD dalam pengajian agama bila di temu ramah oleh JAIS dia saolah olah di hina dengan di suruh membaca Fatihah.
Mereka tiada masalah dengan permohonan tauliah tersebut tetapi haruslah di beri ‘guide line’ syarat syaratnya. Jangan pula mentang mentang tidak sebulu, oleh sebab politik atau personal vendetta, mereka tidak dilayan. JAIS harus bertindak professional.
Begitulah scenario masakini mereka yang hendak menyampaikan ilmu dengan menyebut kalimah Allah dengan tidak disedari dihalang, oleh orang Islam sendiri.
Di balik peristiwa yang terjadi terhadap pentauliahan ustaz ustaz terdapat satu nama yang merugikan umat Islam iaitu Datuk Mohamed Khusrin.
Dalam abjat Arab kho, sin, roa bermaksud RUGI.
Wallahuallam.
Wednesday, October 7, 2009
RAIS: RAJINLAH BELAJAR ILMU AGAMA
Rais: Muslims must prevent Islam from being misused
KUALA LUMPUR, Oct 6 – Muslims must rise and state their stand on Islam in order to prevent it from being used by certain quarters for their own vested interests, said Umno Supreme Council member Datuk Seri Dr Rais Yatim.
He said the move by the opposition pact’s non-Muslim members in using Quranic verses in the Bagan Pinang state seat by-election campaign had reached the limit.
“As Muslims, we must tell them to cease and desist. It’s enough that they have hoodwinked the people by misusing religion. We must voice the truth,” he said after accompanying the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin in launching the exhibition, “Syed Ahmad Jamal: Painter” at the National Art Gallery, here, today.
He was asked by reporters to comment on the action of Padang Serai member of parliament N. Gobalakrishnan in using a Quranic verse when campaining for PAS in Bagan Pinang in order to draw voters’ support.
Rais, who is also Information Communication and Culture Minister, urged the people to reject PAS.
“We should reject PAS, it should just focus on Kelantan. Let the people of Negri Sembilan carry on with their work based on the adat perpatih concept which has been in practice in the area,” he said. – Bernama
Rasanya ada yang tidak kena saranan Rais Yatim yang mahu muslim menyekat orang bukan muslim dari memetik kalimah Allah Taala.
Al Quran diturunkan untuk memberi petunjuk kepada semua makhluk, tiada halangan untuk sesiapa mengambil pengajaran daripadanya. Kecuali terdapat bukti mereka menyalah gunakan kalimat Allah seperti menyalah tafsir atau mempersendakan ayat ayat Al Quran.
Manakala tujuan atau niat, Allah sahaja yang mengetahui. Manusia tidak diberi pengetahuan mengenainya.
Apa bezanya dengan muslimin yang memahami ayat ayat Al Quran tetapi degil mengamalkannya. Jangan jadi ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus.
Apa pula kejadahnya suruh rakyat Negeri 9 menolak Pas. Tak kan sebab nak kekal adat pepatih?
Zaman sekarang Islam telah menyedarkan umatnya, disuruh sisihkan adat yang karut marut.
Inilah tandanya ada ilmu tinggi yang tidak memberi menafaat untuk dunia akhirat.
