Wednesday, May 8, 2013



MAMPUKAH DAP MEMERINTAH  ALA SINGAPURA

Terbaca saorang wanita Singapura memberi peringatan agar Melayu M’sia tidak terjebak ke dalam suasana yang di hadapi olih orang orang Melayu disana.
Orang Islam dipantau aktiviti mereka, sebagai contoh  azan yang hendak dikumandang tidak dibenarkan  terlalu kuat dan masjid2 yang hendak didirikan adalah tanggungan jemaah itu sendiri.
Kehidupan minoriti Melayu disana terlalu perit jika dibanding dengan kehidupan di M’sia.

Seimbas pandang memang ada juga kebenarannya.  Kenyataan ini jika dibangkitkan di kedai kopi mahu menyirap bulu roma dan bolih menaikkan emosi orang orang Melayu tempatan.

Walau bagaimana pun kita perlu melihat isu dengan lebih rasional dan disandarkan kepada hujjah yang nyata.

Andaian menyamakan suasana Singapura dengan M’sia adalah tidak tepat sama sekali kerana;

1.     Melayu di M’sia adalah majoriti
2.     Islam agama resmi dan di lindungi olih perlembagaan Negara
3.     Parlimen majoritinya Islam Melayu
4.     Cara pemerintahan hanya dapat diubah dengan persetujuan 2/3 parlimen. Olih itu menyatakan orang Cina bolih memerintah macam di Singapura amatlah tersasar.
5.     Walaupun sebiji kereta di Singapura bersamaan 3 biji di Malaysia, ini di off-set dengan wang Sing. adalah 3 kali lebih nilai RM M’sia,
6.     Memang mahal berkereta di Singapura tetapi pengangkutan awamnya lebih efficient,
7.     Memang menjadi tanggung jawab pemerintah memberi kemudahan kepada rakyatnya. Tetapi pemberian kepada rakyat tidak seimbang dengan hasil mahsyul yang diperolihi pemerintah. Dengan kekayaan M’sia  rakyat bolih mendapat yang terbaik dari apa yang di perolihi. Itu sebab rakyat membangkitkan isu ini disamping turut bersyukur dengan apa yang di anugerah,ini adalah sifat saorang muslim yang beriman.
Memang apa yang mereka dapat adalah hak mereka.

Olih yang demikian kita hanya membeliakkan mata dalam isu ini kerana hujjah wanita tersebut tidak bolih diterima, bukannya kita buta mata.....

No comments: