Saturday, May 31, 2008

Berapa Punya Banyak Hari Daa…..?

Malaysia bolih di senaraikan ‘World Guiness Book of Record’ dalam kategori merayakan segala macam hari. Saya pasti kebanyakan kita tidak dapat menyenaraikan semua hari hari untuk mengenang jasa jasa beraneka jenis profession yang terdapat di negara kita;

Dalam ingatan saya setakat ini profession berikut telah mendapat pengiktirafan :

. 1 Mei - Hari Pekerja

. 18 Ogos - Hari Penternak, Peladang dan Nelayan.

. 25 Mac - Hari Polis

. 16 Mei - Hari Guru

. 1 Mac - Hari Tentera

. 11 Mei - Hari Jururawat

. 12 Mei - Hari Ibu

. 11 Julai - Hari Bapa

Terbaru;

29 Mei Hari Seniman Kebangsaan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 29 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Seniman Kebangsaan.

Perkara itu diumumkan oleh Abdullah ketika berucap di hadapan 4,000 penggiat seni tanah air pada majlis pelancaran Hari Seniman Kebangsaan 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Bila pula pemandu pemandu nak sambut hari mereka? Maka duduk dirumah sajalah kita hari tersebut!

Sunday, May 25, 2008

MASIH LAGI MENYOMBONG

Kebanyakan pemimpin bersetuju untuk memulih kepercayaan dan keyakinan orang melayu, parti Umno wajib melalui refomasi. Walau bagaimana pun masing masing masih tercari cari formula dan cara ia akan dilakukan.

Ibarat kereta, tiap tiap 5000 km kita di syor tukar minyak hitam dan cuci filter nya sekali. Tapi kalau kereta dah rosak terpaksalah ‘over haul’ sekali. Tidak berkesan sekadar mencuci ‘spark plugs’ dan cuci filter sahaja, ia harus di tukar baru.

Lihat saja apa kata Rafidah hari ini;

Jangan terlalu ghairah - Rafidah

Oleh ZAMZURINA AHMAD

ALOR STAR 24 Mei - Ahli-ahli Puteri UMNO yang menyertai Wanita UMNO dinasihatkan tidak terlalu ghairah untuk bertanding jawatan tertinggi di bahagian-bahagian khususnya jawatan Ketua Wanita.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz sebaliknya menyarankan mereka bertanding di peringkat ahli jawatankuasa terlebih dahulu.

''Kalau nak bertanding pun, bertandinglah untuk ahli jawatankuasa kerana ia melibatkan bilangan yang ramai.


Kalau pemimpin pemimpin tua mempunyai perasaan begini, belum tentu Umno dapat mengembalikan keyakinan kepada orang melayu. Masih lagi mementingkan jawatan yang mereka sandang dan tidak mahu mengaku kelemahan diri, apa yang terjadi kepada parti semuanya kesalahan orang lain.

Jika terdapat mereka yang ingin berbakti kepada parti jangan pula berlagak angkuh macam dulu. Terima saja hakikat bahawa parti memerlukan suntikan tenaga baru. Jangan berlagak macam Kerismuddin;

Hishammuddin ada 3 soalan untuk Ezam

KLUANG 24 Mei - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membangkitkan tiga perkara apabila diminta mengemukakan pandangan oleh pucuk pimpinan tentang kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO.

Menurut beliau, pertamanya, beliau akan meminta pemimpin UMNO melihat apa manfaat yang bakal diperolehi apabila Mohamad Ezam masuk semula ke dalam UMNO; kedua, setakat mana keikhlasannya untuk berjuang bersama UMNO dan ketiga, apa peranan beliau apabila diterima masuk UMNO.


Masih lagi tidak sedarkan diri, kalau ia pun nak tegur TDM berhemah dan berlapiklah sikit. Without him you are nowhere now;


Bosan dengan desakan

KLUANG 24 Mei - Rakyat dan kebanyakan ahli UMNO sudah bosan dengan desakan dan tuduhan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau yang telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian turut dimaklumkan oleh pemimpin berkenaan bahawa mereka sudah bosan dengan keadaan yang berlaku sekarang.


Hapuskan segera sifat sifat buruk dahulu, kerana itulah penyebab kebanyakan melayu naik bosan dan tinggalkan Umno. Lihatlah saja, TDM
pun mual dengan telatah pemimpin Umno sekarang.

Saturday, May 24, 2008

Berputih Mata Kita Dengan Batu Putih.

Batu Putih menjadi hak orang, maka berputih matalah kita rakyat Malaysia. Batu ( Middle Rock ) yang kita dapat bolihlah Rais Yatim langsungkan acara naikkan Jalur Gemilang menandakan kemenangan Malaysia sebelum ianya di tenggelami lautan lantaran ‘green effect’ buatan manusia juga.

Begitulah episod yang terjadi kepada Tanah Melayu, sedikit demi sedikit ditakluki orang, dek kebangangan orang melayu sendiri.

Olih yang demikian orang Johor wajib berhati hati, jangan tergadai jajahan kita disebab mengejar pembangunan dan kekayaan. Tidak ada gunanya nampak makmur dan maju jajahan kita tapi orang melayu sekadar menjadi penonton sahaja, kerana pada dasarnya memang orang melayu tidak berkemampuan. Bangunkanlah mengikut kudrat kita.

Disatu hari nanti, takut takut generasi kita akan berputih mata sekali lagi di sebabkan kegelojohan melayu masakini.

Belajarlah dari kesilapan zaman lampau.


Tuesday, May 20, 2008

Mustajab Doa Orang Yang Di Zalimi

Tiada sesiapa yang mengetahui akan rational TDM bertindak keluar dari Umno. Mungkin TDM sendiri pun tidak pasti, cuma Allah sahaja yang maha mengetahui kerana Ia saja yang dapat memberi hidayah. Manusia hanya dapat membuat andaian, mungkin tepat mungkin tidak.

Barangkali Allah melanjutkan usia TDM dengan beberapa sebab dan hikmah. Untuk mahasabah diri atau untuk menayang dan merungkai perkara perkara yang tidak di redhaNya kepada umum sebagai balasan dan pengajaran.

Secara sedar atau tidak kemelut yang berlaku kepada beliau akhir akhir ini merupakan manifastasi dari kezaliman yang dilakukan beliau semasa zaman pemerintahannya.

Bersabarlah menghadapinya.




Saturday, May 17, 2008

Umno Gelabah Angkara Kebobrokan Pemimpinnya.

Dua bulan selepas pilihanraya ke12 , kerajaan BN masih lagi terumbang ambing, belum dapat mentadbir negara dengan penuh keyakinan. Sepatutnya senario ini berlaku kepada pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), tapi ini disebaliknya.

Umno jadi kalut bila perkara perkara busuk yang dilakukan olih pemimpin pemimpinnya terdedah pada umum. Umno tidak berkesempatan merangka serangan terhadap PR, kalau ada pun isu isu tersebut dipatahkan dan kadang kadang memakan diri pula. Lihat saja apa yang terjadi dengan tuduhan terhadap Karpal, akhirnya AAB pula yang di persalahkan kerana beliau yang memulakan penghinaan kepada raja raja.

Hina Raja - Pemuda Pakatan Rakyat mahu Abdullah Badawi didakwa

Friday, 16 May 2008

(Harakah) - Sekiranya pihak polis ingin membuat siasatan ke atas ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh, maka hal yang sama juga perlu dijalankan ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP hari ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

"Abdullah telah membuat kenyataan akhbar yang disiarkan di akhbar-akhbar utama bertarikh 24 Mac 2008 sebagaimana yang disertakan (The Sun) yang mendakwa kononnya YDPA telah membuat suatu tindakan yang tidak mematuhi perlembagaan," kata Ketua Pemuda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin pula.

Pada masa yang sama, ujarnya pemimpin, ahli dan penyokong Umno Terengganu juga telah membawa sepanduk bertulis 'Kami Ndak Idris, Natang' sewaktu demonstrasi menolak pelantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.


Dua pengaruhi pelantikan hakim

Berita Harian Online( 17/05/08)

Suruhanjaya dapati Lingam bercakap dengan Ahmad Fairuz dalam rakaman klip video

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan, secara langsung mempengaruhi pelantikan serta kenaikan pangkat hakim.

Pendedahan ini membuat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, setiausaha agong Umno, dan TDM tidak nyenyak tidur kerana akan turut disiasat. Di suatu ketika TDM ada menyatakan pemimpin bukan hanya tidak bersalah tetapi juga mesti di lihat tidak bersalah. Inilah dilema TDM sekarang.


Krisis dalaman Umno Pahang memuncak

Basiron Abdul Wahab

Thu | May 15, 08 | 4:46:29 pm MYT

KUANTAN 15 Mei (Hrkh) Krisis Umno Pahang semakin memuncak, dengan adegan cabar mencabar di antara pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub dengan Ketua Umno Bahagian Paya Besar yang juga bekas Setianusaha Badan Perhubungan Umno, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman.

Kelmarin Adnan menafikan dakwaan Ahmad bersabit penjualan tanah seluas 12,000 hektar melibat syarikat milik Umno, Rankaian Delima kepada sebuah syarikat bukan bumiputera dan keuntungan sebanyak RM600 juta.

Keadaan ini sedikit sebanyak merumitkan Dato’ Seri Adnan Yaakob yang bercita cita untuk bertanding Naib presiden Umno nanti.


Terengganu tak terima baki RM3b: MB

Berita Harian Online (17/05/08)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu hanya menerima RM4.3 bilion peruntukan daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP) yang dimasukkan ke dalam bajet negeri selama empat tahun, bermula pada 2004.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata baki RM3 bilion daripada RM7.3 bilion yang dilaporkan dibayar Petronas, tidak diterima dan tidak pernah dimasukkan dalam bajet negeri yang dibentangkan selepas Barisan Nasional (BN) memerintah semula Terengganu.

Maka AAB dan Idris Jusuh bertanggung jawab memaklumkan kepada rakyat Trengganu kemana pula baki RM3 billion dibelanjakan. Jawab tetap kena jawab! Aneh, Ahmad Said sendiri turut memberi tekanan kepada bosnya. Memang beliau mencari nahas.

Suasana kerajaan BN bertambah tegang dengan tekanan pemimpin pemimpin BN Sabah. Walaupun tidak menampakan mereka berhijrah, tapi kata dua yang di berikan amat membengangkan BN Semenanjung. Nak disergah risau pula, memang keadaan tidak berpihak kepada Umno Semenanjung. Apa yang dapat dibuat hanya menafi akan lompatan yang di war warkan dan menuduh DSAI gila kuasa.

Begitulah diantara beberapa isu yang melanda Umno. Ini tidak termasuk kempen kempen yang akan digiatkan menjelang mesyuarat agong bulan November. Kekalutan ini sedikit sebanyak memberi masa kepada kerajaan negeri yang di perintah olih PR untuk bernafas lega kerana dapat memberi tumpuan terhadap pengurusan negeri masing masing.

Monday, May 12, 2008

Dasar TDM Yang Tidak Berkekalan.

Kaji beri semula lesen teksi individu

Utusan Malaysia 12/05/2008 12:01pm

KUALA LUMPUR 12 Mei — Lesen teksi untuk pengusaha individu mungkin dikeluarkan semula ekoran pelbagai masalah dihadapi pemandu teksi milik syarikat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kementeriannya sedang menyediakan kertas kabinet untuk mengkaji supaya pemberian lesen teksi, terutamanya kepada pemandu-pemandu teksi individu dibuka semula.

AAB dedah dasar TDM yang tidak mesra rakyat.

Tun Dr.Mahathir: Macam Cacing Kepanasan!

Cubaan kaitkan Dr M dengan klip video Lingam
( Berita Sinar Harian 12/05/08)


SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pihak sengaja cuba mengaitkan dirinya dalam kes klip video V.K Lingam yang penuh kontroversi itu.

.........

.........

Dr Mahathir berkata, Anwar mungkin bercadang untuk menyamannya sekali lagi kerana kenyataan yang dibuatnya sekarang.

“Saya tidak akan mampu membayar RM100 juta jika mahkamah memutuskan (saya bersalah) dan saya mungkin diisytiharkan muflis,” kata beliau.

DSAI tidak sekejam yang disangkakan tetapi TDM dah mula buat muka belas. Kata orang kalau dah bersalah lambat laun Allah akan tunjukan kalau tak di dunia di akhirat nanti. Bertaubat dan minta ampunlah saja.

Wallahuallam.