Dua bulan selepas pilihanraya ke12 , kerajaan BN masih lagi terumbang ambing, belum dapat mentadbir negara dengan penuh keyakinan. Sepatutnya senario ini berlaku kepada pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), tapi ini disebaliknya.
Umno jadi kalut bila perkara perkara busuk yang dilakukan olih pemimpin pemimpinnya terdedah pada umum. Umno tidak berkesempatan merangka serangan terhadap PR, kalau ada pun isu isu tersebut dipatahkan dan kadang kadang memakan diri pula. Lihat saja apa yang terjadi dengan tuduhan terhadap Karpal, akhirnya AAB pula yang di persalahkan kerana beliau yang memulakan penghinaan kepada raja raja.
Hina Raja - Pemuda Pakatan Rakyat mahu Abdullah Badawi didakwa
Friday, 16 May 2008
(Harakah) - Sekiranya pihak polis ingin membuat siasatan ke atas ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh, maka hal yang sama juga perlu dijalankan ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP hari ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
"Abdullah telah membuat kenyataan akhbar yang disiarkan di akhbar-akhbar utama bertarikh 24 Mac 2008 sebagaimana yang disertakan (The Sun) yang mendakwa kononnya YDPA telah membuat suatu tindakan yang tidak mematuhi perlembagaan," kata Ketua Pemuda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin pula.
Pada masa yang sama, ujarnya pemimpin, ahli dan penyokong Umno Terengganu juga telah membawa sepanduk bertulis 'Kami Ndak Idris, Natang' sewaktu demonstrasi menolak pelantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
Dua pengaruhi pelantikan hakim
Berita Harian Online( 17/05/08)
Suruhanjaya dapati Lingam bercakap dengan Ahmad Fairuz dalam rakaman klip video
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan, secara langsung mempengaruhi pelantikan serta kenaikan pangkat hakim.
Pendedahan ini membuat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, setiausaha agong Umno, dan TDM tidak nyenyak tidur kerana akan turut disiasat. Di suatu ketika TDM ada menyatakan pemimpin bukan hanya tidak bersalah tetapi juga mesti di lihat tidak bersalah. Inilah dilema TDM sekarang.
Krisis dalaman Umno Pahang memuncak
Basiron Abdul Wahab
Thu | May 15, 08 | 4:46:29 pm MYT
KUANTAN 15 Mei (Hrkh) � Krisis Umno Pahang semakin memuncak, dengan adegan cabar mencabar di antara pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub dengan Ketua Umno Bahagian Paya Besar yang juga bekas Setianusaha Badan Perhubungan Umno, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman.
Kelmarin Adnan menafikan dakwaan Ahmad bersabit penjualan tanah seluas 12,000 hektar melibat syarikat milik Umno, Rankaian Delima kepada sebuah syarikat bukan bumiputera dan keuntungan sebanyak RM600 juta.
Keadaan ini sedikit sebanyak merumitkan Dato’ Seri Adnan Yaakob yang bercita cita untuk bertanding Naib presiden Umno nanti.
Terengganu tak terima baki RM3b: MB
Berita Harian Online (17/05/08)
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu hanya menerima RM4.3 bilion peruntukan daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP) yang dimasukkan ke dalam bajet negeri selama empat tahun, bermula pada 2004.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata baki RM3 bilion daripada RM7.3 bilion yang dilaporkan dibayar Petronas, tidak diterima dan tidak pernah dimasukkan dalam bajet negeri yang dibentangkan selepas Barisan Nasional (BN) memerintah semula Terengganu.
Maka AAB dan Idris Jusuh bertanggung jawab memaklumkan kepada rakyat Trengganu kemana pula baki RM3 billion dibelanjakan. Jawab tetap kena jawab! Aneh, Ahmad Said sendiri turut memberi tekanan kepada bosnya. Memang beliau mencari nahas.
Suasana kerajaan BN bertambah tegang dengan tekanan pemimpin pemimpin BN Sabah. Walaupun tidak menampakan mereka berhijrah, tapi kata dua yang di berikan amat membengangkan BN Semenanjung. Nak disergah risau pula, memang keadaan tidak berpihak kepada Umno Semenanjung. Apa yang dapat dibuat hanya menafi akan lompatan yang di war warkan dan menuduh DSAI gila kuasa.
Begitulah diantara beberapa isu yang melanda Umno. Ini tidak termasuk kempen kempen yang akan digiatkan menjelang mesyuarat agong bulan November. Kekalutan ini sedikit sebanyak memberi masa kepada kerajaan negeri yang di perintah olih PR untuk bernafas lega kerana dapat memberi tumpuan terhadap pengurusan negeri masing masing.
No comments:
Post a Comment