Episod tuduhan terhadap RPK kalau ikut lojik tentulah angkara NTR dan isteri. Tapi pada pandangan saya ia disebabkan olih satu komplot untuk memalitkan lagi lumpur ke badan NTR dengan harapan beliau akan didapati berbau lebih busuk bila ia melangkah ke pintu PWTC pada penghujung tahun 2008 ini.
Mereka ini mungkin tidak sanggup menunggu atau kurang yakin terhadap keputusan perbicaraan kes Altantuya. Maka eloklah perangi Najib dari sekarang.
Tindakan Najib yang masuk akal ialah menyaman saja RPK. Sebaliknya pula yang membuat laporan ialah polis, hantu hantu belaka.
Najib tentu menggelabah nanti bila RPK dibacarakan. Segala info yang tak sepatutnya diketahui berkemungkinan didedahkan, seperti kata RPK ‘saya ada bukti’. Ini turut juga merimaskan juak juak Najib kalau kalau ayam tambatan mereka kecundang.
Memang ada kebetulannya, episod ini dirancang dengan halus olih RPK.
No comments:
Post a Comment