Tuesday, August 25, 2009

PILIH PEMIMPIN BUKAN AGAMA.

Semasa tazkirah waktu solat teraweh, penceramah maklumkan ada 2 orang menteri kabinet Najib Tun Razak menyatakan ‘dalam pilihanraya, kita bukannya nak pilih agama tetapi nak pilih pemimpin’.
Maka tertanya tanya jemaah akan maksudnya.
Saya sendiri pun tak berapa nak faham tapi malas nak minta penjelasan.

Memandangkan persoalan di bangkitkan dalam tajuk mengenai shorga dan neraka maka saya membuat andaian berikut:

1. janganlah gusar siapa yang kita nak lantik sebagai pemimpin, ia tidak ada kaitan dengan shorga atau neraka,
2. jangan ambil pusing walau pun pemimpin tidak berakhlak mulia dan jahat macam jemuan,
3. kalau menteri agama bertarbiah demikian, maka amatlah malang bagi rakyat yang beragama Islam,
4. nampak sangat umno kemaruk nak menang di Permatang Pasir, bukan nak pimpin ke jalan yang lurus,
5. maka janganlah berharap hendak selesaikan masalah rasuah di kalangan pemimpin pemimpin umno.

No comments: