Monday, August 31, 2009

JUADAH BERBUKA.


Tabi’at saya selepas pulang menunaikan solat zohor, suka menjengok ke dapur melihat apa yang di masak orang rumah untuk berbuka nanti. Nampak saja muka kita maka bertanyalah sang isteri ‘ abang nak makan apa hari ini?’ Biasalah saya jawab ‘buatlah apa apa pun’.

Bagi tau pun bukan nak ikut sebab menu hari ini dah pun siap semalam.


Saya ni lece sikit bukan minat dengan juadah juadah di pasar Ramadhan. Maklumlah penjual pasar Ramadhan rata ratanya setahun sekali baru masak. Jika diperhatikan yang menyebar buat murtabak, terkemut kemut, nampak sangat kekoknya. Kekadang beli buang saja. Orang Indon buat murtabak mana nak sedap macam Rose Restoran di Alor Star.


Jika diperhatikan purata satu famili akan berbelanja sebanyak RM20, apa tidaknya;

1. air tebu & soya – RM6

2. kueh – RM5

3. ikan/ayam bakar- RM10


Kena tiap tiap hari rabak poket.


Lagi satu kesukaan saya ialah kueh jenis lama lama ( kueh orang tua ) isteri sahaja yang tahu jenis dan selera contoh:

1. tepung bungkus

2. lopeh

3. buah melaka gula gerek

4. serabai berkuah lempuk

5. tepung talam Kota Kuala Muda

6. serawa aneka ubi


Selamat berbuka.





No comments: