Monday, August 31, 2009

JUADAH BERBUKA.


Tabi’at saya selepas pulang menunaikan solat zohor, suka menjengok ke dapur melihat apa yang di masak orang rumah untuk berbuka nanti. Nampak saja muka kita maka bertanyalah sang isteri ‘ abang nak makan apa hari ini?’ Biasalah saya jawab ‘buatlah apa apa pun’.

Bagi tau pun bukan nak ikut sebab menu hari ini dah pun siap semalam.


Saya ni lece sikit bukan minat dengan juadah juadah di pasar Ramadhan. Maklumlah penjual pasar Ramadhan rata ratanya setahun sekali baru masak. Jika diperhatikan yang menyebar buat murtabak, terkemut kemut, nampak sangat kekoknya. Kekadang beli buang saja. Orang Indon buat murtabak mana nak sedap macam Rose Restoran di Alor Star.


Jika diperhatikan purata satu famili akan berbelanja sebanyak RM20, apa tidaknya;

1. air tebu & soya – RM6

2. kueh – RM5

3. ikan/ayam bakar- RM10


Kena tiap tiap hari rabak poket.


Lagi satu kesukaan saya ialah kueh jenis lama lama ( kueh orang tua ) isteri sahaja yang tahu jenis dan selera contoh:

1. tepung bungkus

2. lopeh

3. buah melaka gula gerek

4. serabai berkuah lempuk

5. tepung talam Kota Kuala Muda

6. serawa aneka ubi


Selamat berbuka.





Sunday, August 30, 2009

TAHAP KEISLAMAN SAORANG HAMBA.







Bila Allah berinteraksi dengan manusia tentang perkara perkara umum, Allah akan menyebut ‘wahai manusia’ dan jika Allah memerintah melakukan perkara perkara ibadah ataupun larangan, Allah akan menyeru ‘wahai orang orang yang beriman’. Soalan timbul mengapa Allah tidak nyatakan ‘wahai orang orang Islam’.

Maka ulama, atas dalil ini bersepakat bahawa keislaman sesaorang itu adalah dalam tahap dan kategori tertentu.


1. Muslim

Bila sesaorang mengucap dua kalimah shaadah ia sudah cukup menjadikannya muslim, selama mana dia tidak membatalkan keislamannya.

Jika tidak solat, tidak puasa, dan tidak menutup aurat masih muslim ia selagi mana dia tidak mempertikaikan solat, puasa dan penutupan aurat. Muslim jenis ini adalah diperingkat asas yang dikenali sebagai muslim fasik, muslim yang derhaka kepada Allah Ta’ala.


Muslim jenis inilah yang banyak merosak dan memalukan Islam. Raja Petra Kamarudin (RPK) acap kali membelasah muslim jenis ini. Kita berharap non - muslim tidak memandang serong kepada Islam dengan tindak tanduk yang dilakukan muslim kategori ini. RPK kena terima kenyataan serta membuat ‘distinction’ muslim jenis ini kepada pembaca blognya.

Ini termasuk mereka yang bertindak mengusung kepala lembu memprotes secara jahiliah.
Amat malang sekali, rata rata Melayu tergulong dalam kategori ini.

2. Mukmim


Bila Allah memerintah satu satu arahan maka ditujukan kepada orang orang yang beriman kerana golongan ini patuh pada arahan Allah.

Bila disuruh puasa atau menerima pakai hukuman qisas Allah tujukan hanya kepada mereka yang beriman saja.
Begitu juga bila disuruh meninggalkan larangan Allah Ta’ala.

Muslim ini beriman mengakui dalam hati serta menterjemah di dalam perbuatannya. Jika terdapat muslim yang tidak berpuasa dan tidak menutup aurat, mereka adalah muslim yang tidak mukmin.

3. Mutaqin

Sebenarnya ibadah puasa ini Allah memberi peluang kepada kita untuk naik pangkat, dari mukmin ke mutaqin dan seterusnya.

Mukmin ini bila solat atau puasa mereka tidak ada pengawasan terhadap ibadah mereka. Bila solat dia tidak berusaha mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Dan puasanya tidak ada keazaman supaya diterima Allah Ta’ala. Bak kata ulama puasa ini mungkin;

a. puasa sah dan diterima, cukup rukun dan penuh keimanan terhadap Allah,
b. sah tapi tak terima, barangkali puasa bukan kerana Allah mungkin kerana Pak mertua. Atau pun berpuasa tapi tidak solat, atau masih berjudi.
c. tidak sah tapi di terima, sebagai contoh wanita yang sedang puasa tiba datang haid. Batal puasanya tetapi diterima Allah.
d. tidak sah dan tidak terima. Soheh dimurkai Allah.


4. Muklisin

Kategori ini menjalankan ibadah saolah olah Allah sedang memerhati mereka. Inilah makam Islam yang paling tinggi.


Oleh yang demikian kita harap segala tingkah laku yang ditunjukan oleh orang Islam dalam kategori pertama ini jangan di salah tafsir sebagai ajaran Islam sebenar.

Friday, August 28, 2009

NAJIB TARBIYAH DI BULAN RAMADHAN.

Ramai ustaz Pas terkejut ‘beruk’ dan pengikut tegar umno tersipu sipu malu bila khalifahnya sebut nak tarbiyah isu Kartika yang telah di tunda hukuman sebatnya.


Begitulah rahmat Allah diawal Ramadhan. Maka masih ada sedikit iman dicampakkan di dalam hati hati mereka untuk berbuat perkara perkara makruf.


Walaupun naik nampak punggung dan turun nampak pusat ( bila membonceng motocycles ) namun masih malu (ada sedikit iman) jika tidak berpuasa.

Allah telah memerintah manusia bersolat, menutup aurat, dan berbuat segala macam kebaikan masih ramai yang ingkar.


Tetapi bila Allah ‘pahatkan’ suruhan berpuasa majority manusia dengar dan taat. Yang tidak berpuasa turut menjamu selera di pasar Ramadhan, berbuka dan bertaraweh, bahkan lebih rancak lagi.


Mereka kurang ilmu dan tidak mengetahui yang mana sunat dan yang mana fardhu.

Tuesday, August 25, 2009

PILIH PEMIMPIN BUKAN AGAMA.

Semasa tazkirah waktu solat teraweh, penceramah maklumkan ada 2 orang menteri kabinet Najib Tun Razak menyatakan ‘dalam pilihanraya, kita bukannya nak pilih agama tetapi nak pilih pemimpin’.
Maka tertanya tanya jemaah akan maksudnya.
Saya sendiri pun tak berapa nak faham tapi malas nak minta penjelasan.

Memandangkan persoalan di bangkitkan dalam tajuk mengenai shorga dan neraka maka saya membuat andaian berikut:

1. janganlah gusar siapa yang kita nak lantik sebagai pemimpin, ia tidak ada kaitan dengan shorga atau neraka,
2. jangan ambil pusing walau pun pemimpin tidak berakhlak mulia dan jahat macam jemuan,
3. kalau menteri agama bertarbiah demikian, maka amatlah malang bagi rakyat yang beragama Islam,
4. nampak sangat umno kemaruk nak menang di Permatang Pasir, bukan nak pimpin ke jalan yang lurus,
5. maka janganlah berharap hendak selesaikan masalah rasuah di kalangan pemimpin pemimpin umno.

Sunday, August 23, 2009

JANGANLAH SUSAHKAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Muhyidin telah mencadang supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan hukum terhadap kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang menyatakan penyokong umno yang mengundi umno tidak akan ke shorga.

Memang menyusahkan Majlis untuk memberi kebenaran kerana mereka terikat dengan pemerintah masakini. Nanti soruu miss!

Orang yang bertakwa, beriman dengan perkara perkara ghaib contohnya dosa, pahala, shorga dan neraka. Maka keputusannya hanya Allah Ajawajala sahaja yang mengetahui. Orang Islam yang beriman hanya wajib yakin terhadap perkara perkara tersebut.

Walau bagaimanapun Al Quran telah memberi petunjuk kepada manusia, kalau buat dosa dan ingkar perintah Allah Taala maka balasannya ialah azab neraka. Begitu juga jika taat kepada perintah Allah Taala balasannya ialah shorga.

Memang ada ‘special case’ yang kufur boleh ke shorga dengan rahmatNya. Tetapi mengikut penilaian manusia dengan berpandukan ayat ayat Allah Taala, taat kepadaNya dan Rasullah saw imbuhannya ialah shorga.

Maka pakat pakat nilailah apa yang dibawa oleh pemimpin umno sama ada ia menjurus mukminin dan mukminat ke jalan yang mana.

Sebagai perkara pokok umno memperjuangkan prinsip prinsip nasionalisma bukannya prinsip takwa kepada Allah Taala. Contoh banyak jika di senaraikan, memadai dinyatakan beberapa perkara sebagai renungan;

1. mengguna pakai hukum hukum manusia dan menolak hukum dan perintah Allah Taala,
2. mementingkan perkara sunat seperti shia’ar Islam (mendirikan masjid dan majlis tilawah al quran) tetapi mengesampingkan perkara wajib seperti penjualan arak dan perjudian,
3. tidak berusaha kearah menguatkuasakan penutupan aurat kepada muslimat,
4. rasuah bermaharaja lela termasuk individu individu yang memimpin umno,
5. masih berkiblat kepada undang undang zalim ISA,
6. dan bermacam macam lagi.

Bagaimana mungkin umno dapat memimpin penyokong penyokongnya ke shorga kerana ingkar terhadap suruhan Allah Taala?

Itulah sebabnya susah Majlis Fatwa hendak menyatakan pendirian mereka. Lebih baik diam saja.

Sunday, August 16, 2009

MUNAFIKNYA PUAK NI.





Allah menyatakan kemurkaan dalam Al quran terhadap kejahatan munafik di sisiNya sehingga melarang jenazah mereka dimandikan.
Serang Islam dengan memisungkan fakta.

Comel dah marah dekat non muslim kerana menghina Islam tapi sayangnya mencarut dengan kata kata nista terhadap mereka. Dengan secara tidak langsung turut menghina Islam dimata non muslim.

Inilah yang dikatakan jaga agama dengan memburukan agama.

Masalahnya sekarang orang beriman turut terpengaruh dengan dakyah puak munafik ini. Maka lihatlah betapa bahayanya kepada Islam tanpa mereka menyedarinya.

Puak yang mendengar akan mengembangkan dakyah tersebut hingga ia menjadi fitnah yang besar.

Tuesday, August 11, 2009

ARAK DAN DAKWAH.

Zaman muda dulu bila nak bersuka suka di hujung minggu kami akan bertandang ke tempat kawan yang pada masa itu bertugas dengan Malaysian Royal Air Force di Butterworth. Harga murah hinggakan kami sanggup habiskan dua tiga ‘crate’ semalaman.

Waktu itu larangan kepada muslim sudah pun termaktub cuma tidak di kuatkuasakan saja. Harapan pihak tentera sekarang sudah pun melaksanakan larangan dengan lebih ketat.

Apa yang nak dijelaskan ialah larangan telah lama wujud, hanya tidak dipantau dengan serius.


Alasan pihak penguatkuasa kononnya tidak mengenakan larangan dengan gigih di Selangor kerana menggunakan pendekatan dakwah sungguh mengelirukan.

Sudah lebih setengah abad kita memerintah, bila kuasa dah terlepas baru mengelabah nak ambil tindakan.

Tidak timbul isu minuman arak di kalangan remaja Islam sekarang jika pemerintah BN dan Umno dulu prihatin terhadap perkara ini.

Saturday, August 8, 2009

JIKALAU MENTERI CERDIK…

Pada 1hb Ogos 2009 yang lalu dikatakan sejumlah lima puluh ribu manusia berkunjung ke Kuala Lumpur meraikan demonstrasi untuk menyatakan pendirian menolak undang undang ISA. Mereka datang dari Utara dan Pantai Barat bertandang se awal dari itu.

Jika di andaikan seorang berbelanja purata RM50 bayangkan laba yang di perolehi peniaga peniaga di sekitaran Kuala Lumpur.

Pihak polis dan FRU boleh wujudkan aktiviti membawa peserta peserta membeli belah ke SOGO atau ke Mydin, mengambil peluang kedatangan mereka. Warung makanan mesti tak menang tangan melayan peserta peserta demonstrasi yang dahaga dan lapar.

Sebaliknya tindakan Polis pula menutup pintu rezeki peniaga peniaga. Kemudian dikatakan kerugian.


Peleknya kalau dah tak berjual beli mengapa pula dikatakan rugi. Lainlah kalau barangan jadi rosak terkena pancutan air FRU atau kecurian.
Kan boleh dijual keesokan hari.

Mungkinkah ini yang selalu diperkatakan puak puak Umno, menteri patut berfikiran ‘pro active’.

ANGGOTA FRU DIANGGAP MUFLIS DI AKHIRAT.

Hadith Nabi berkata: Di sana ada 2 golongan yang aku tidak sempat berjumpa mereka bila masuk neraka, pertama ialah perempuan yang memakai pakaian tetapi seolah olah bertelanjang.Kedua ialah mereka yang tugasnya memukul orang lain dengan cemeti.



Kata Shiekh Ahmad Daud Fatani dalam membahaskan hadis di tersebut orang yang memukul orang di Malaysia ini merujuk kepada FRU.

Wallahuaklam!

ENOUGH PRESSURE

Saturday August 8, 2009

Malaysia Najib: Jamaluddin Jarjis to be both Ambassador and MP
KUALA LUMPUR, Aug 7 — Ambassador-designate to the United States Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis will retain his position as the Member of Parliament (MP) for Rompin.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said despite the appointment, Jamaluddin will be able to serve as MP as he would have a strong team to assist him and he would return for Parliamentary sittings.
Najib said most importantly, Jamaluddin would have a role to play in forging close ties with the United States in both the political as well as the trade, investment and economic fields, besides making Malaysia’s stand in other related international issues.
“This is an important appointment. He has the ability to reach out to the members of the US Congress and he has the knowledge to forge better bilateral ties between both countries.
“We cannot deny that the stand of the United States is most important and it is hoped that he can assist in the decisions made as well as in terms of expanding the economy, trade and investment,” he told reporters after launching a programme organised by Wanita Barisan Nasional, here today. — Bernama



Most important we don’t have to go through another by-election. Not only Umno’s integrity at stake,but imagine how much we have to spend on Rakyat’s money.

GIVE US THE SUPPER FIRST!

Saturday August 8, 2009

Malaysia Zahid: Penang Umno’s Super 4 for Permatang Pasir campaign
SEREMBAN, Aug 7 — Four Penang Umno bigwigs have been recalled to campaign in the Permatang Pasir state by-election.
They are Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, Datuk Ahmad Saad, Datuk Firdaus Ismail and Datuk Arif Shah, said state Umno liaison committee chairman, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“They will head certain secretariats in the election machinery to boost the morale of Umno members in the Permatang Pauh division.
“Their presence will add value to our campaign. Let us close ranks to wrest the seat from PAS,” he told reporters after opening the Human Capital Development, and Emotional Spiritual Quotient Seminar organised by the Defence Ministry here today.

What in the world make you so sure that those mentioned would help Umno to campaign the Permatang Pasir by-election?

They were demoralized when their boss, Pak Lah, was shoved off from office. Then blaming him for the bad performances during PRU 12.

Go and fly kite, but first hand us the money!!

Thursday, August 6, 2009

BETULKAH MENGUNDI UMNO MASUK SHORGA?

Saya berkesempatan mengikuti ceramah saorang ustaz mengupas satu buku bertajuk ‘ Fiqh Daulah’.


Beliau menyarankan agar diwujudkan satu ‘contrast’ diantara perjuangan Pas dan Umno agar rakyat Islam dapat menilai sama ada perjuangan Pas atau Umno mendapat keredhaan Allah. Dengan lain perkataan menjurus ke jalan yang lurus lalu terus ke shorga.

Satu contoh, baru baru ini di Manik Urai Mahyuddin buat kenyataan, sesiapa yang mengundi Umno pun akan masuk keshorga, bukan undi Pas sahaja.

Tidak ada mana mana pihak mahu pun dari pihak Pas cuba berhujah dengan dalil dalil untuk menidakkannya. Menjadikan ia saolah olah terdapat kebenaran.

Penceramah menyatakan dari prinsipnya sudah terserlah perbezaan diantara Pas dan Umno, perjuangan Pas adalah di atas landasan Islam walhal Umno pula berlandaskan nasionlisma.

Di satu ketika bila Pas mencadang hukum hudud di gunapakai untuk orang Islam, puak Umno menyatakan bahawa mereka bukannya tidak setuju tapi…..

Mereka masih ada keraguan terhadap hukum yang di tetapkan oleh Allah Taala.

Di dalam kepala puak puak Umno terselit fahaman secularisma dan belitan Shaitan. Sampai ternyata mereka berdalil bahawa Al Quran tidak memerintah diwujudkan Negara Islam.


Allah tidaklah menyatakan dengan terang terangan supaya hambanya mendirikan pemerintahan Islam. Tetapi buktinya telah Allah rakamkan kisah pemerintahan zaman Nabi Daud dan Nabi Allah Sulaiman.

Maka dengan demikian adakah Allah Subha Taala meredhai perjuangan Umno jika suruhanNya tidak di taati walaupun sudah memerintah setengah abad. Jika tidak bagaimana mengundi Umno boleh ke shorga?

Kita hanya berharap dengan rahmatNya sahaja.

Wallahuallam.

BERJAYA NOOR AZAM MENJOLOK SARANG TEBUAN.

Kesan dari artikel ‘Melayu jangan jadi bacul’ nampaknya melayu melayu dah mula tunjuk taring. Bermula dengan Hassan Ali di Selangor dan merebak pula ke Pulau Pinang.


Maka apa lagi melayu umnoputra pun ambil kesempatan untuk tumpang sekaki terhadap isu yang di perbahaskan. Paluan mereka berdentum dentam lebih hebat.


Padahal perkara ini dah menjadi darah daging puak puak umno dari dulu lagi, baru sekarang nak melompat. Betul lah yang dikatakan oleh ‘Tulang Besi’ kaedah mereka saling tak tumpah macam puak puak munafik.


Persoalannya apakah betul Pakatan dah mula berbalah antara satu sama lain atau mereka hanya bersendiwara untuk mengalih tekanan dari umnoputra? Seminggu dua ini tak putus putus mereka asyik ‘instigate’ kerajaan Pakatan negeri Selangor.

Ada juga hikmah kematian TBH kepada Pakatan, dapat bernafas sekejap.


Walau bagaimana pun perbezaan pendapat dalam satu satu kumpulan adalah perkara biasa kerana ini akan mematangkan persafahaman dan tindakan mereka di hari mendatang. Kerana agenda di kemudian hari adalah lebih mencabar lagi.


Rakyat sedang memerhati telatah telatah kalian.

Wednesday, August 5, 2009

THAT’S THE BEST SOLUTION

The Malaysian InsiderWednesday August 5, 2009
Malaysia

MACC chief gets death threat linked to Teoh’s death

[Ahmad Said is now under tight protection due to the death threat. — Bernama pic] KUALA LUMPUR, Aug 5 — Top anti-graft buster Datuk Seri Ahmad Said Hamdan was threatened with being shot to death in a letter received on July 24 from unknown persons seeking revenge for the mysterious death of political aide Teoh Beng Hock, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said yesterday.

News of the threat came in tandem with strong sentiment among top brass in MACC that the Najib administration is not supportive enough of the agency, with some displeased that the government acceded to a royal commission to investigate its methods.

There is also a growing view that MACC deputy chief commissioner Datuk Abu Kassim Mohamed is more qualified to lead the national anti-graft body than Ahmad Said, who is now under tight protection due to the death threat.



My fiend Hj Hanipah would love to read that news. Every time we discuss any matters that involve the present government, it will frustrate and disappoint Hj Hanapiah. Any wrong doing would either not look into, or not found guilty. Either the police or MACC would say not enough evident or the court will find excuses to let it go.

Hj Hanapiah will then say “ puak puak ni mau bagi penembak saja”.

I’m sure many would agree. “Geram” that’s the best solution.