Naik Gaji
Alahai!! cukup membingungkan, mungkin En.Jalal Ali Ab Rahim buat laporan yang tak lengkap atau memang Tan Sri NMY beri jawapan yang tidak menyeluruh dalam sidang Dewan Negara semalam, mengenai kenaikan gaji k/tangan kerajaan. Saya ingat sesiapa yang membacanya tentu rasa kurang senang.
Pertama, bajet 2008 beri keistimewaan kepada k/tangan kerajaan yang sudah cukup selesa dengan kehidupan harian mereka. Usaha pula dirangka untuk mengekang kenaikan harga barangan runcit akibat kenaikan gaji, bagaimana nak dilakukan kurang pasti. Cakap memang senang tapi untuk memperaktikannya hingga sekarang Dato’Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN) masih pening. Tak percaya pergilah check kedai kedai runcit di taman taman kediaman. Kita ketahui barangan yang dijual sudah di up sehingga 20% tapi apa nak kata, bolih bersungut sajalah, beli tetap beli.
Tengoklah sekarang ini baru sebut nak naik gaji, benda lain yang dulu naik, termasuklah nafsu, barangan runcit, dan tekanan darah. Kata orang yang tak naik cuma hujan. Dalam Parlimen semalam pun ahli ahlinya sebut bahawa KPDN ashik buat publisiti sahaja tapi on the ground nobody give a damn. So how ah??
K/tangan kerajaan bolih naik nafsu, tapi depa yang bawa teksi, jual nasi lemak, jual pisang goreng teruk naik darah kena belasah dengan pelanggan.
Kedua, mungkin for a start KPDN bolih kenalpasti barangan yang bertin dan berbungkus. Labelkan harga di tin dan bungkusan di peringkat kilang lagi, mana mana penjual dan peruncit yang tak mematuhi harga yang tertera, ambil tindakan. Ini tidak, ikut suka dia nak bubuh harga yang dia suka. Sama ada penjual nak untung lebih, let them deal dengan pengilang atau pemborong. Of cause lah barangan yang harganya macam yoyo tu kita fikirlah cara yang lain.
KPDN juga hendaklah tingkatkan pemantauan ke peringkat daerah seperti KEMAS atau FAMA, semoga mereka sentiasa sensitif dengan keadaan semasa bukan hanya tiba musim musim tertentu.
Cuti Bersalin
K/tangan wanita pula buat cadangan tambah cuti sampai 84 hari ada perbahasan dengan isu ini. Kerajaan belum lagi buat apa apa keputusan. Jika lulus bayangkan saorang guru wanita yang bersalin;
1. cuti bersalin 84
2. cuti penggal 77
3. cuti awam 40
Jumlah 201
mereka hanya bekerja 164 hari setahun. Considered the most highly paid profession per hour basis. Kalau guru guru ini mengajar anak anak kita yang sedang memasuki pepereksaan, pening juga kepala guru besarnya dan kepala mak bapa.
Semalam PM buat anouncement sempena hari guru, akan ditambah dana RM 300 juta untuk yayasan bantu guru guru. I ingat kita pampered them too much, atau pun ini satu petanda PRU is around the corner.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment