Dua minggu lepas saya temani anak balik ke Benta Pahang kerana bercadang nak buat medical check up di hospital Kuala Lipis. Regular check up di hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi memandangkan jadual pemereksaan bulan Jun ini dan lagi pula rasa kesihatan kurang selesa, maka saya pun kesana.Walaupun kemudahannya terhad, memadailah dengan tujuan, buat blood test, x-ray dada, urine dan ECG test. Lagi pun hospital tidak sesibuk HKL, dengan suasananya agak tenang dan tersusun. The whole Lipis town are looked after by only 8 doctors. Kalau ada case yang Lipis tak bolih handle pesakit akan dirujuk ke Temerloh atau Kuantan atau ke HKL.
Alhamdulillah keputusan pepereksaan tidak menunjukkan sebarang masalah.
Saya pulang keesokan hari dengan bas ekspres Transnasional, tambang hanya RM 11.20 ke KL dan bertolak jam 12:00 tengah hari. Penumpang tak ramai,ada 8 orang sahaja. Kerana tempat duduk no.2B dapatlah saya lihat gelagat pemandu bas tersebut dengan lebih dekat. Sebelum bertolak pemandu telah membeli 2 bungkus kuaci yang beliau kupas dan kunyah sambil memandu disepanjang perjalanan. Saya kira beliau berbuat demikian untuk menghilangkan rasa bosan dan mengantuk agaknya.
Tengah hari jalan tak berapa sibuk, sesekali terserempak dengan kereta kereta lama yang menganggu momentum pemandu bas. Sempat juga beliau melepaskan geram dan leteran. Agaknya inilah salah satu sebab mengapa kereta yang melebihi 15 tahun dicadang lupuskan.
Walau bagaimanapun bila bas melepasi persimpangan ke Jeruas dan persimpangan dekat pekan Dong banyak juga kelihatan kereta kereta lama di pekan pekan tersebut. Kemungkinan digunakan untuk keluar dari kampung perdalaman ke persimpangan jalan raya. Kalaulah cadangan kerajaan melupuskan kereta yang berusia lebih 15 tahun dikuatkuasakan, maka susahlah penduduk penduduk perdalaman nak keluar ke pekan besar.
Kerajaan hendaklah pertimbangkan rationale pelupusan kereta kereta tersebut. Mungkin mewajibkan pemereksaan kereta sebelum membaharui cukai jalan. Ini dapat menentukan kereta dalam keadaan yang baik dipandu, sama taraf dengan kereta baru.
No comments:
Post a Comment