Monday, February 5, 2007

Tekad Menjadi Millionnaire

Melihat Mawi dianugerah RM 240k kita rasa cemburu kerana dengan gaji sebanyak RM 3k, kita mengambil masa 80 bulan, itu pun belum ditolak perbelanjaan harian. Saya yakin kita cuma dapat menabung RM 500 sebulan. Ini bermakna nak kumpul jumlah yang Mawi dapat, kita mengambil masa selama 40 tahun, sampai pencen jawabnya. Itulah rezeki bebudak sekarang.

Saya terkenang 30 tahun yang lalu kawan sekerja yang baru balik dari England bertekad nak jadi jutawan dengan gajinya sahaja. Cara hidup beliau sangat simple, tindakannya hanya mengurangkan perbelanjaan harian dan memaksimakan simpanan. Masa tu dia bawa kereta jenis Fiat 850 dan kerap berulang alik dari Kluang ke K/L. Nak jimatkan minyak beliau akan pump tayar kereta ke maksima yang bolih untuk mengurangkan frictional force dan gunakan free gear sekerap mungkin. Saya biasa tumpang beliau ke K/L, lepas itu saya sumpah tak mahu naik lagi.

Pakaian dan kasut didapatkan dari kawan kawan, yang mana member dah tak pakai diambilnya. Gigi dicuci dengan brush, katanya ubat gigi itu hanya saikologi saja.
Yang anehnya dia bukan kedekut, jika suruh dia belanja dia belanja tapi dia tak makan.

Disekitar tahun 70 an market share tengah rancak jadi kawan kita pun turut aktif melabur dalam share market. Orang lain jual bila share naik untuk mendapat keuntungan, beliau buat tak kisah, cuma kira untung atas kertas saja. Macam mana pun ia memang disenangi semua kawan. The last time I heard he is a millionnaire. Begitulah tekadnya.

No comments: