Sabtu lepas bersama sama penduduk Taman Cangkat Desa dan Taman Melewar, Batu Caves Selangor, saya sempat mengikuti penerangan Jabatan Parit & Saliran ( JPS ) dan Projek Manager yang mewakili Peremba ( main kontrektor ), mengenai kelewatan projek tambatan banjir dikawasan tersebut. Dijadualkan pukul 9:45 pagi tapi pukul 10:30 pagi baru dapat dimulakan dan tempatnya juga diubah ke Pusat Rukun Tetangga Taman Melewar. Begitulah takdirnya, Allah juga yang menentukan.
Seperti biasa bila kerja yang dijadualkan tak ditepati pihak Kontrektor memberi bermacam alasan;
1. subcon lari,
2. hujan membantutkan kerja kerja,
Naluri manusia, tidak mahu mengaku akan kelemahan diri sendiri. Yang mendukacitakan, main dan subcon adalah syarikat bumiputra.
Wakil penduduk begitu kritikal sekali dengan komen komen sehinggakan wakil kepada wakil rakyat kawasan juga kena belasah. Ialah kesangsaraan yang mereka hadapi selama 3 tahun telah sampai ke penghujung kesabaran. Saya kira MP kawasan perlulah turut peka dan prihatin dengan penduduk penduduk disitu, jangan sampai protes mereka sampai ke peti peti undi kelak.
No comments:
Post a Comment