Monday, February 19, 2007

Knowing Thy Neighbours

Dah berapa lama anda mendiami tempat sekarang? Pernahkah anda bertanya;

1. siapakah jiran anda (5 pintu kekiri dan 5 pintu kekanan rumah anda),
2. kenalkah dengan penghuni penghuninya ( nama, kerja, dan anak anak mereka ),

Besar kemungkinan anda tak kisah. Begitulah kita terlampau sibuk dan menyendiri hingga jiran, kita kenal numbor plate kereta saja, bila selisih bersenyuman tapi namanya tak pasti, nak tanya segan.

Satu hari isteri saya kerumah jiran dan kebetulan ada geng depa disana. Mereka berpakat nak wujudkan kenduri suaikenal sempena dengan cuti sekolah yang lalu. Sebulan setengah depa bermesyuarat dan memutuskan buat ‘potluck’. Untuk perbelanjaan persiapan khemah dan hadiah sukaneka everybody derma RM30 each.

They then extend the invitation to everybody within the area, consisting of 60 houses.On that occation itself depa adakan sukaneka untuk children bawah 12 tahun.Parents come to register and were given name tags. While makan and watching childrens participating in their games, we parent get together and are able to recognise each other by name.They make sure parent tak balik awal dengan mengadakan cabutan bertuah.

You know what, now we know our neighbours not only by name but also by professions. Lebih kelakar lagi 3 orang nama yang sama terpaksa kena letak ‘label’, Mat Kelantan, Mat Trengganu, dan Mat Melaka.

Sunday, February 18, 2007

Projek Tambatan Banjir Kuala Lumpur

Sabtu lepas bersama sama penduduk Taman Cangkat Desa dan Taman Melewar, Batu Caves Selangor, saya sempat mengikuti penerangan Jabatan Parit & Saliran ( JPS ) dan Projek Manager yang mewakili Peremba ( main kontrektor ), mengenai kelewatan projek tambatan banjir dikawasan tersebut. Dijadualkan pukul 9:45 pagi tapi pukul 10:30 pagi baru dapat dimulakan dan tempatnya juga diubah ke Pusat Rukun Tetangga Taman Melewar. Begitulah takdirnya, Allah juga yang menentukan.

Seperti biasa bila kerja yang dijadualkan tak ditepati pihak Kontrektor memberi bermacam alasan;

1. subcon lari,

2. hujan membantutkan kerja kerja,

Naluri manusia, tidak mahu mengaku akan kelemahan diri sendiri. Yang mendukacitakan, main dan subcon adalah syarikat bumiputra.

Wakil penduduk begitu kritikal sekali dengan komen komen sehinggakan wakil kepada wakil rakyat kawasan juga kena belasah. Ialah kesangsaraan yang mereka hadapi selama 3 tahun telah sampai ke penghujung kesabaran. Saya kira MP kawasan perlulah turut peka dan prihatin dengan penduduk penduduk disitu, jangan sampai protes mereka sampai ke peti peti undi kelak.


Monday, February 5, 2007

Tekad Menjadi Millionnaire

Melihat Mawi dianugerah RM 240k kita rasa cemburu kerana dengan gaji sebanyak RM 3k, kita mengambil masa 80 bulan, itu pun belum ditolak perbelanjaan harian. Saya yakin kita cuma dapat menabung RM 500 sebulan. Ini bermakna nak kumpul jumlah yang Mawi dapat, kita mengambil masa selama 40 tahun, sampai pencen jawabnya. Itulah rezeki bebudak sekarang.

Saya terkenang 30 tahun yang lalu kawan sekerja yang baru balik dari England bertekad nak jadi jutawan dengan gajinya sahaja. Cara hidup beliau sangat simple, tindakannya hanya mengurangkan perbelanjaan harian dan memaksimakan simpanan. Masa tu dia bawa kereta jenis Fiat 850 dan kerap berulang alik dari Kluang ke K/L. Nak jimatkan minyak beliau akan pump tayar kereta ke maksima yang bolih untuk mengurangkan frictional force dan gunakan free gear sekerap mungkin. Saya biasa tumpang beliau ke K/L, lepas itu saya sumpah tak mahu naik lagi.

Pakaian dan kasut didapatkan dari kawan kawan, yang mana member dah tak pakai diambilnya. Gigi dicuci dengan brush, katanya ubat gigi itu hanya saikologi saja.
Yang anehnya dia bukan kedekut, jika suruh dia belanja dia belanja tapi dia tak makan.

Disekitar tahun 70 an market share tengah rancak jadi kawan kita pun turut aktif melabur dalam share market. Orang lain jual bila share naik untuk mendapat keuntungan, beliau buat tak kisah, cuma kira untung atas kertas saja. Macam mana pun ia memang disenangi semua kawan. The last time I heard he is a millionnaire. Begitulah tekadnya.

Saturday, February 3, 2007

Dugaan Sembahyang Berjemaah

Allah telah memberi kelebihan bila sembahyang berjemaah terutama di masjid atau surau. Tetapi hadiah sedemikian bukan semudah yang dijangkakan. Ialah dugaan sembahyang berjemaah ini banyak, silap silap apa pun tak dapat. Yang paling utama masaalah perasaan ujub dan menunjuk nunjuk.

Pertama kali ke masjid terasa segan nak melintasi jiran jiran yang masih lagi dok bersembang bila dah dekat waktu magrib. Ingat juga dalam hati nak kata dekat depa semua, ' hoi orang dah azan hoi!', maka ketika itulah datangnya perasaan ujub.

Bila dimasjid kita akan bertemu dengan bermacam macam ragam jemaah. Perlu berhati hati, sebab tabi'at mereka munkin tak secucuk dengan kita:

1. yang baca kuat menganggu konsentrasi,
2. ada yang berniaga di pasar malam, badan bau bawang atau bau ayam goreng,
3. yang kenyang makan, asyik dok belahak!,
4. ada juga yang tertumpah minyak atar!.

Bila sembahyang kita akan mempersoal pula dengan imam;

1. apa Imam baca panjang sangat ( terutama waktu subuh ),
2. baca doa berjela jela sampai makmum tertidur atau mengelamun keseluruh dunia.

Kita kena biasakan diri, lama lama dia akan jadi mangli.