Tuesday, May 10, 2022

 

DOWN THE MEMORY LANE.

( 10/05/22 )

 

4. Lasak.

 

Sebelum wujud jalan bertar, pekan Kota Sarang Semut ke Kuala Sala dihubungi dengan batas ‘ban’. Kiri kanan jalan dipenuhi alor, disinilah tempat mata pencarian nenek. Pagi dia akan mengail ikan puyu dan petang akan ‘mengayam atap nipah’ atau ‘siat menerung’ untuk di buat tali bila dikeringkan. Akulah menjadi mangsa turun dalam aloq mengerat menerung.

 

Punya ‘hantu’ masa kecik kepala besa ditetak dengan parang buruk olih kawan sepermainan, tapak kaki luka terpijak pot susu ( umur dah nak habih parut masih terang terbentang ). Peliknya tak payah pi klinik pun depa nanti lumuq dengan kopi untuk hentikan pendarahan, cukup mustajab.

 

Masa dulu cukup hebat bila lari ‘ligan ligan’ macam lipas kudung. Aktiviti lain main tembak tembak dengan senapang papan. Bemban nenek menjadi peluru, kena mengeliat, tak teriak tapi taram gila.

Poket seluaq sentiasa berlubang sebab ditebuk paku gasing jadi bila ada duit sikit kami ikat dalam poket dengan getah, rongkai bila nak guna beli ‘ice cream tikam’ atau kacang putih.

 

Satu lagi aktiviti ialah kutip kotak rokok ( pelbagai brand RR paling kecik nilainya, Craven A paling top ) atau tiket bas, getah dan main guli kaca. Panjang nak cerita macam mana kami main.

 

Sungguh nostalgik…..

Sunday, May 23, 2021

MUSIBAH

Assalammualaikum WBT.

 

 Saat di timpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan, kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi, fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan sampai satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu.

 

Saorang ustad bermotor ke surau untuk solat magrib.  Malang tidak berbau, lintas saekor biawak dihadapannya, dia mengelak lalu motor dan dia terhumban ke longkang. Kakinya patah terlantar di hospital maka ramai kenalan menziarahinya, ada sesetengah mengucapkan; ‘ ustad ini kafarah ustad membuang dosa‘. Dalam hatinya cukup main marah; ‘Aku tahulah aku ustad, kafarah tidak semestinya membuang dosa walaupun aku tidak maksum’.

 

Dalam Islam takdir dari Allah Taala tidak dapat tidak, wajib di imani. Kemungkinan musibah terjadi olih sebab:-

- Allah memperingati kita, maka hendaklah kita mengambil iktibar,

- Allah hendak menaikkan darjat kita maka Dia mahukan kita bersabar

- Allah sayangkan kita maka diberinya ujian yang termampu kita menempuhinya.

- Kemurkaan Allah kerana tangan2 manusia sendiri

- Tidak prehatin terhadap nikmat yg dianugerah Allah Taala.

 

Walaupun disana Allah menyatakan:

“ RahmatKu mengatasi kemurkaanKu “

Tetapi manusia selalu saja tidak prehatin akan rahmat Allah.

 

Bila umat manusia membuat beberapa perkara maka terbukalah baginya bala atau musibah, diantaranya;

- Apabila harta negara tertumpu kepada satu golongan saja,

- Amanah dianggap peluang untuk mendapatkan harta,

- Membayar zakat dianggap rugi,

- Orang lelaki taat pada isterinya tetapi derhaka kepada ibunya,

- Memuliakan kawan dan menjauhkan bapa kerana memandang hina terhadap bapanya.

- Diangkat suara hingar bingar didalam masjid,

- Yang jadi pemimpin adalah orang yg hina dan jahat

- Sesaorang dimuliakan kerana kejahatannya bukan kerana ketakwaannya,

- Ramai orang minum arak,

- Ramai lelaki memakai sutra,

- Ramai perempuan menyanyi bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan mengutamakan alat music,

- Orang2 akhir zaman melaknat orang2 yg dahulu dari mereka,

 

Maka bersangka baiklah dengan takdir yang ditentukan kepada kita.

Wallahu’allam.

 

Tuesday, May 4, 2021

HARAM MERENTAS NEGERI.


Dinyatakan mufti Wilayah, agaknya beliau berbuat demikian untuk membendung rakyat melanggar perintah Pemerintah dari ‘migration’ balik kampung barangkali. Sebagai saorang arif dari segi agama dan latakbelakang dari keluarga yang baik baik dan juga dari pasukan Kerajaan, kita terpaksa akur. Kepada rakyat yang ada sikit ilmu bab ini terpaksa ditelan ‘with a pinch of salt’.

Ada pemberita menanyakan isu ini kepada Menteri agama, beliau cuba mengelak dari membuat sebarang kenyataan. Ini menampakan Menteri sendiri tidak mengetahui hal ini dan bermaksud hukum ini mungkin tidak di bahaskan olih Majlis Agama Persekutuan.

Persoalannya adakah ‘fatwa’ ini khusus kepada warga kota sahaja atau keseluruhan rakyat jelata? Ia tidak di perbesarkan ( atas alasan tertentu ) dan diam begitu saja.

 

Persoalannya bila hukum menyatakan haram, adakah ia berdosa dari perpektif agama atau sekadar ‘saman’ di dunia saja. Sebagai saorang Muslim amat menakutkan kerana tidak mahu menambah dosa yang sedia ada. Nampaknya  yang bukan Islam bolih relek sebab halal dan haram tiada dalam kamus mereka.

 

Wallahu’allam.