Sunday, August 30, 2009

TAHAP KEISLAMAN SAORANG HAMBA.







Bila Allah berinteraksi dengan manusia tentang perkara perkara umum, Allah akan menyebut ‘wahai manusia’ dan jika Allah memerintah melakukan perkara perkara ibadah ataupun larangan, Allah akan menyeru ‘wahai orang orang yang beriman’. Soalan timbul mengapa Allah tidak nyatakan ‘wahai orang orang Islam’.

Maka ulama, atas dalil ini bersepakat bahawa keislaman sesaorang itu adalah dalam tahap dan kategori tertentu.


1. Muslim

Bila sesaorang mengucap dua kalimah shaadah ia sudah cukup menjadikannya muslim, selama mana dia tidak membatalkan keislamannya.

Jika tidak solat, tidak puasa, dan tidak menutup aurat masih muslim ia selagi mana dia tidak mempertikaikan solat, puasa dan penutupan aurat. Muslim jenis ini adalah diperingkat asas yang dikenali sebagai muslim fasik, muslim yang derhaka kepada Allah Ta’ala.


Muslim jenis inilah yang banyak merosak dan memalukan Islam. Raja Petra Kamarudin (RPK) acap kali membelasah muslim jenis ini. Kita berharap non - muslim tidak memandang serong kepada Islam dengan tindak tanduk yang dilakukan muslim kategori ini. RPK kena terima kenyataan serta membuat ‘distinction’ muslim jenis ini kepada pembaca blognya.

Ini termasuk mereka yang bertindak mengusung kepala lembu memprotes secara jahiliah.
Amat malang sekali, rata rata Melayu tergulong dalam kategori ini.

2. Mukmim


Bila Allah memerintah satu satu arahan maka ditujukan kepada orang orang yang beriman kerana golongan ini patuh pada arahan Allah.

Bila disuruh puasa atau menerima pakai hukuman qisas Allah tujukan hanya kepada mereka yang beriman saja.
Begitu juga bila disuruh meninggalkan larangan Allah Ta’ala.

Muslim ini beriman mengakui dalam hati serta menterjemah di dalam perbuatannya. Jika terdapat muslim yang tidak berpuasa dan tidak menutup aurat, mereka adalah muslim yang tidak mukmin.

3. Mutaqin

Sebenarnya ibadah puasa ini Allah memberi peluang kepada kita untuk naik pangkat, dari mukmin ke mutaqin dan seterusnya.

Mukmin ini bila solat atau puasa mereka tidak ada pengawasan terhadap ibadah mereka. Bila solat dia tidak berusaha mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Dan puasanya tidak ada keazaman supaya diterima Allah Ta’ala. Bak kata ulama puasa ini mungkin;

a. puasa sah dan diterima, cukup rukun dan penuh keimanan terhadap Allah,
b. sah tapi tak terima, barangkali puasa bukan kerana Allah mungkin kerana Pak mertua. Atau pun berpuasa tapi tidak solat, atau masih berjudi.
c. tidak sah tapi di terima, sebagai contoh wanita yang sedang puasa tiba datang haid. Batal puasanya tetapi diterima Allah.
d. tidak sah dan tidak terima. Soheh dimurkai Allah.


4. Muklisin

Kategori ini menjalankan ibadah saolah olah Allah sedang memerhati mereka. Inilah makam Islam yang paling tinggi.


Oleh yang demikian kita harap segala tingkah laku yang ditunjukan oleh orang Islam dalam kategori pertama ini jangan di salah tafsir sebagai ajaran Islam sebenar.

No comments: