Thursday, August 6, 2009

BETULKAH MENGUNDI UMNO MASUK SHORGA?

Saya berkesempatan mengikuti ceramah saorang ustaz mengupas satu buku bertajuk ‘ Fiqh Daulah’.


Beliau menyarankan agar diwujudkan satu ‘contrast’ diantara perjuangan Pas dan Umno agar rakyat Islam dapat menilai sama ada perjuangan Pas atau Umno mendapat keredhaan Allah. Dengan lain perkataan menjurus ke jalan yang lurus lalu terus ke shorga.

Satu contoh, baru baru ini di Manik Urai Mahyuddin buat kenyataan, sesiapa yang mengundi Umno pun akan masuk keshorga, bukan undi Pas sahaja.

Tidak ada mana mana pihak mahu pun dari pihak Pas cuba berhujah dengan dalil dalil untuk menidakkannya. Menjadikan ia saolah olah terdapat kebenaran.

Penceramah menyatakan dari prinsipnya sudah terserlah perbezaan diantara Pas dan Umno, perjuangan Pas adalah di atas landasan Islam walhal Umno pula berlandaskan nasionlisma.

Di satu ketika bila Pas mencadang hukum hudud di gunapakai untuk orang Islam, puak Umno menyatakan bahawa mereka bukannya tidak setuju tapi…..

Mereka masih ada keraguan terhadap hukum yang di tetapkan oleh Allah Taala.

Di dalam kepala puak puak Umno terselit fahaman secularisma dan belitan Shaitan. Sampai ternyata mereka berdalil bahawa Al Quran tidak memerintah diwujudkan Negara Islam.


Allah tidaklah menyatakan dengan terang terangan supaya hambanya mendirikan pemerintahan Islam. Tetapi buktinya telah Allah rakamkan kisah pemerintahan zaman Nabi Daud dan Nabi Allah Sulaiman.

Maka dengan demikian adakah Allah Subha Taala meredhai perjuangan Umno jika suruhanNya tidak di taati walaupun sudah memerintah setengah abad. Jika tidak bagaimana mengundi Umno boleh ke shorga?

Kita hanya berharap dengan rahmatNya sahaja.

Wallahuallam.

1 comment:

nonbal said...

HAL INI KITA KENA LIHAT DARI SEGI USUL. MASAALAHNYA PAS HANYA BERKATA-KATA (PROVOKE) UNTUK JALANKAN HUDUD@HUKUM ISLAM, SEMEMANGNYA PAS TIDAK AKAN LAKSANAKAN, BUKTINYA IALAH, MANA ADA NEGERI YANG DIPERINTAH PAS YANG MENJALANKAN HUKUM TERSEBUT?. IANYA SAMA SEPERTI KISAH 2 PETANI, SEORANG MAHU TANAM SIRIH DAN SEORANG LAGI MAHU PELIHARA KAMBING. DIPENDEKAN CERITA, KEDUA-DUANYA BERGADUH SEHINGGA MEMBAWA KEPENGETAHUAN RAJA. APABILA DITANYA RAJA MANA SIRIH DAN KAMBING? MAKA KEDUA-DUANYA MENJAWAB, TAK LAH, KAMI BARU BERKIRA-KIRA UNTUK MELAKSANAKANNYA. BEGITULAH KISAH PAS DAN UMNO. TAPI PAS TERNYATA LEBIH BERANI KERANA MENJANJIKAN HUKUM ALLAH DAN MEREKA TERIKAT DENGAN JANJI TERSEBUT. JIKA JANJI TIDAK DITUNAI MAKA DOSA AKAN MENIMPA MEREKA SEBELUM DOSA KEPADA UMNO DITIMPAKAN. BEGITULAH ADANYA.